Persepsi Pelajar Pengajian Bahasa Arab Terhadap Pembelajaran dan Pengajaran Balaghah Menggunakan Pendekatan Teknologi
The Perception of Arabic Language Studies Students on Learning and Teaching Arabic Rhetorical Sciences Using Technology Approach
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejpi.v10i1.100Keywords:
Persepsi, Pembelajaran dan Pengajaran, Balaghah, Pendekatan TeknologiAbstract
Kajian-kajian terdahulu menemui bahawa tahap penguasaan pelajar terhadap subjek balaghah adalah sangat lemah. Hal ini berpunca daripada permasalahan proses pengajaran dan pembelajaran, penumpuan kepada hafalan kaedah dan contoh-contoh unsur balaghah tanpa memberi penekanan kepada unsur aplikasi. Kebanyakan kajian terdahulu merumuskan bahawa pengajaran dan pembelajaran subjek balaghah perlu diberikan anjakan paradigma bukan sahaja dari sudut sukatan pelajaran, kaedah dan teknik, malah juga perlu diterapkan penggunaan teknologi demi menarik minat pelajar mempelajari dan mendalami subjek balaghah. Justeru itu, satu kajian kuantitatif dan deskriptif telah dilakukan bertujuan mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pembelajaran dan pengajaran balaghah menggunakan pendekatan teknologi. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar dalam bidang pengajian Bahasa Arab di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT). Sampel kajian ini melibatkan 129 orang responden daripada IPT yang berbeza dan menggunakan instrumen soal selidik melalui google form dalam mendapatkan maklum balas. Hasil maklumbalas daripada pelajar mendapati bahawa penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran subjek balaghah adalah berada pada tahap sederhana, sedangkan kecenderungan pelajar untuk mempelajari dan memahami subjek balaghah melalui penggunaan teknologi adalah tinggi. Oleh itu, penyelidik berpandangan satu kajian berkaitan analisis keperluan pelajar terhadap penggunaan teknologi dalam memahami subjek balaghah perlu diusahakan ke arah penginovasian dalam pembelajaran dan pengajaran subjek balaghah selain berupaya mewujudkan pengalaman baharu dalam pembelajaran dan pengajaran balaghah di IPT.
Downloads
References
Ab. Rahim Hj. Ismail. (1999). Taalim al-Balaghah al-Arabiyyah fi Kuliyyah al-Dirasat al Islamiyyah. Prosiding Seminar Balaghah (Retorika) Arab – Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 185-194.
Abdullah Tahmim. (1999). Pengajian Balaghah Di Sekolah Dan Pusat Pengajian Tinggi. Bangi: Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdullah, N., Samsudin, S., & Suliman, N. F. (2021). Masalah semantik dalam terjemahan Majāz Mursal al-Quran: analisis terhadap hubungan Musabbab. al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 6(1), 508-522. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.145
Abdullah, A. H., & Omar, M. C. (2016). A prolonged dilemma: traditional curriculum of Arabic Rhetoric (Balaghah) in Malaysia. The Social Sciences, 11(6), 1008-1014.
Abdul-Raof, H. (2006). Arabic rhetoric: A pragmatic analysis. Routledge.
Ahmad Hasbullah. (2001). Perkembangan Retorik Arab Dari Zaman Umayyah Hingga Zaman Abbasiyyah. Dalam Monograf Bahasa Arab. Bil. 1 Mei 2001. Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan komunikasi, Universiti Putra Malaysia. 99-116.
Azman Che Mat. (2018). Ilmu al-Ma’āni dalam Terjemahan Arab-Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bolarinwa, O. A. (2015). Principles and methods of validity and reliability testing of questionnaires used in social and health science researches. Nigerian Postgraduate Medical Journal, 22(4), 195.
Chua, Y. P. (2012). Asas statistik penyelidikan (Vol. 2). McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
Halim, Z. A., Salleh, A. W., Rahman, N. E. A., & Suhane, S. H. M. (2018). Konsep ‘Ilm Al-Bayan Dalam Gaya Bahasa Melayu: Sorotan Perbandingan Dan Pemanfaatannya Dalam Pengajaran Ilmu Balaghah. dalam Proceedings of International Conference on Ummah (ICU2018). 406.
Ismail Suardi, W. (2014). Model Pembelajaran Bahasa Arab Faktor Dorongan dan Halangan Penggunaan. Penerbit Deepublish.
Mohamad, A. H. (2011). Unsur-unsur ilmu badi’Arab dalam syair Hamzah Fansuri. SARI: Jurnal Alam Dan Tamadun Melayu, 29(2), 67-82.
Mohamad Syukri Abdul Rahman, Muhammad Daoh, Muhammad Redzauddin Ghazali & Mohd Rufian Ismail. (2018). Pendekatan Pengajaran Ilmu Balaghah di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling Volume: 3 Issues:14. June, 2018. 48-58.
Mohd Zaki Abd. Rahman & Che Radiah Mezah. (2013). Balaghah Melayu Berdasarkan Balagah Arab Satu Pengenalan dalam Ilmu Ma’ani. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Muhammad, A. (2008). Pendidikan Balaghah Arab di Malaysia. Penerbit UTM Press.
Muhammad, A., Abdullah, A. H., Basiron, B. B., Jasmi, K. A. B. I. N., & Noor, S. S. B. I. N. M. (2007). Penguasaan pelajar sekolah menengah Aliran Agama terhadap pengajian ilmu Retorik Arab. Universiti Teknologi Malaysia.
Muhammad, A., Mohamed, A. K., & Jasmi, K. A. (2004). Sudut Perbezaan Mata Pelajaran Al-Balaghah Peringkat Spm dan Stpm Mempengaruhi Perkaedahan dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran. Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia.
Muhd. Zulkifli Ismail. (2001). Perkembangan Retorik Arab Dari Zaman Umayyah Hingga Zaman Abbasiyyah. Dalam Monograf Bahasa Arab. Bil. 1 Mei 2001. Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan komunikasi, Universiti Putra Malaysia. 30-41.
Nazri Bin Atoh, Saipolbarin Bin Ramli & Muhammad Zulkifli Bin Abdul Manan (2017). Keberkesanan Pengajaran Al- Balaghah Menggunakan Contoh Ayat Al-Quran. dalam Proceedings of The International Conference on The Teaching and Learning Of Languages (ICTLL). 384.
Othman, A. J., Norzan, N., Darusalam, G., & Siraj, S. (2011). Cabaran guru program LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masalah Pendidikan, 34, 37-51.
Othman, H. H. (1999). Pengajian balaghah di sekolah agama rakyat (Perak): Pengalaman dan tinjauan. Prosiding Seminar Balaghah (Retorika) Arab-Melayu, 113-127.
Raja Hazirah, R. S. (2012). Penguasaan Balaghah dalam kalangan pelajar IPT. Doctoral dissertation, University of Malaya.
Rosni Samah, & Muhammad Marwan Ismail. (2009). Laporan Penyelidikan Penguasaan al-Balaghah dan Permasalahannya Di Kalangan Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Kajian Di Sekolah-Sekolah Agama Negeri Selangor. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
Sery, S. A. M. (1999). Perintis ke Arah Memberi Nafas Baru kepada Ilmu Balaghah. Bangi: Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sopian, A., Ahmad, S., & Bakar, K. A. (2013). Penguasaan dan Permasalahan Pelajar Terhadap Pengajian Ilmu Balaghah: Satu Tinjauan Awal/Mastery and Problem of Students Against the Balaghah Studies: A Preliminary Survey. Islamiyyat, 35(1), 93.
Sulaiman, R. H. R., & Wahid, N. A. (2021). Faktor-faktor Kelemahan Pembelajaran Balaghah (Factors of Weaknesses in Learning Balaghah). International Journal of Contemporary Education, Religious Studies and Humanities, 1(2), 111-120.
Tschannen‐Moran, M., & Gareis, C. R. (2004). Principals’ sense of efficacy: Assessing a promising construct. Journal of Educational Administration, 42(5), 573-585.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.










