Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih dalam Pengajaran Terjemahan Kinayah al-Quran kepada Bahasa Melayu
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejpi.v11i2.188Keywords:
Aplikasi Mudah Alih, Pengajaran Terjemahan, kinayah al-Quran, Bahasa MelayuAbstract
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran adalah sangat signifikan. Hal ini adalah kerana penggunaan teknologi mampu mewujudkan pengalaman baharu yang lebih menyeronokkan dan menarik dalam proses pembelajaran. Namun begitu, timbul persoalan tentang kesediaan tenaga pengajar itu sendiri dalam usaha memanfaatkan pendekatan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, selain masalah keberadaan bahan bantu mengajar yang bersifat teknologi yang boleh menyokong tenaga pengajar ke arah penggunaan teknologi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau potensi penggunaan aplikasi mudah alih di kalangan tenaga pengajar sebagai bahan bantu mengajar bagi subjek balaghah. Kajian ini hanya memfokuskan pengajaran terjemahan kinayah al-Quran kepada bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan metode kualitatif melalui temubual bersama lima (5) orang tenaga pengajar subjek balaghah di dua (2) institusi iaitu Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Hasil temubual menunjukkan bahawa tenaga pengajar memberikan maklum balas positif bukan sahaja dari segi kesediaan mereka mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP), malah juga dari segi sokongan kepada keberadaan aplikasi mudah alih itu sendiri sebagai bahan bantu mengajar bagi terjemahan kinayah al-Quran. Oleh itu, kajian yang menjurus kepada penginovasian dalam pengajaran dan pembelajaran subjek balaghah perlu diusahakan agar boleh menyediakan alternatif kepada bahan bantu mengajar yang bersifat teknologi, selain boleh meningkatkan penguasaan pelajar terhadap subjek balaghah umumnya dan tajuk kinayah khususnya.
Downloads
References
Abdul-Raof, H. (2006). Qur’an Translation: Discourse, Texture and Exegesis. London.
Abdullah, N. (2015a). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman: Tinjauan terhadap kesepadanan terjemahan kata ganti nama diri Arab-Melayu. Jurnal Pengajian Islam, 8(3), 35–54. http://www2.kuis.edu.my/jurnal-pengajian-islam
Abdullah, N. (2015b). Tarjamah al-Dalalaat al-Majaziyyah al-Qur’aniyyah : Dirasat Tahliliyyah li Asaliib al-Tarjamah fi al-Tarajum al-Malayuwiyyah al-Fardiyyah. Disertasi Doktor Falsafah (tidak diterbitkan). Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Abdullah, N. (2016). Dauru al-siyāq fī taḥqīq al-tarjamah al-ṣaḥiḥah (The importance of context in the authentic translation). Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 1(1), 113–128. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v1i1.40
Abdullah, N. (2017a). Akhtha’ Tarjamah al-Dalalat al-Kina’iyyah al-Quraniyyah ila al-Lughah al-Malayuwiyyah: ‘Irdhun wa Tahlil. Global Journal al-Thaqafah. 7 (1), 117-132.
Abdullah, N. (2017b). ‘Awāmilu Lujūi’ al-Shaikh “Abdullah Basmeih ilā Taṭbīq al-Takafu’ al-Shakli fī Tarjamah al-Dilālāt al-Majāziyyah al-Qurāniyyah. Proceedings of Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara, PAnTUMN2017. (pp. 518-529). Bangi, Selangor, Malaysia.
Abdullah, Nasimah. (2017c). Uslub Tarjamah al-Majaz ila al-Tasybih: Dirasah li al-Nusus al-Qur’aniyyah ila al-Lughah al-Malayuwiyyah. AL-IRSYAD: Journal of Islamic and Contemporary Issues. 2 (2), 95-109.
Abdullah, N. (2020). Pengaruh Mazhab Fiqah al-Syafi’i: Analisis Terhadap Beberapa Teks Terjemahan Al-Quran Ke Bahasa Melayu: The Influence of al-Syafi'i School of Thought (Madzhab): An Analysis of Few of the Malay Translations of the Quranic Text. Journal of Muwafaqat, 3(2), 44-62.
https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal/article/view/73
Abdullah, A. H., & Omar, M. C. (2016). A prolonged dilemma: Traditional curriculum of Arabic Rhetoric (Balaghah) in Malaysia. The Social Sciences, 11(6), 1008–1014.
Abdullah, N., Abd. Rahman, L. & Samsudin, S. (2020). Terjemahan Kinayah dalam Wacana al-Quran: Analisis Teori Komunikatif Newmark. Journal of Islamic, Social, Economics and Development. 5(30), 40-61.
Abdullah, N., Samsudin, S., Rahman, L. A., Arifin, A. N. Z., & Hambali, M. A. (2022). Keperluan Penggunaan Teknologi Dalam Pembelajaran Kinayah. dalam Teknologi dan Pendidikan dalam Pembangunan Insan. Penyunting: Mariam Abd. Majid, Wawarah Saidpudin & Juzlinda Mohd Ghazali. Bab 13. mukasurat 229-245. Penerbit Universiti Islam Selangor.
Abdullah, N., Samsudin, S., Rahman, L. A., Arifin, A. N. Z., & Hambali, M. A. (2023). Analisis Keperluan Pelajar terhadap Penggunaan Teknologi dalam Memahami Terjemahan Kinayah Al-Quran kepada Bahasa Melayu: Analysis of Students’ Needs Regarding the Use of Technology in Understanding the Translation of the Quranic Metonymy into the Malay Language. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 10(2), 65-84. https://ejpi.kuis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/119
Ahmad Sunawari Long. (2016). Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ammar, F. (2008). Anatomi al-Quran. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Anon. (2006). Kamus Besar Arab-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Che Mat. (2018). Ilmu al-Ma’āni dalam Terjemahan Arab-Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Ariffin dan Idris Mansor. (2020). Analisis Kesahihan Terjemahan Unsur Figuratif al-Quran ke dalam Bahasa Melayu. dalam Prosiding Madani 2019 Seminar Antarabangsa Masyarakat Madani Alaf 21. 25 dan 26 November 2019. Universiti Malaysia Terengganu. Penyunting: Noor Rohana Mansor, Kasyfullah Abd Kadir, Muhamad Khairul Zakaria, Che Hasniza Che Noh, Samsiah Abdul Hamid, Hamdan Aziz, Syahrin Said, Zamzahaila Mohd Zin dan Khairil Shazmin Kamaruddin. Penerbit UMT. 541-550.
Baharom et. al. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gikas, J., & Grant, M. M. (2013). Mobile computing devices in higher education: Student perspectives on learning with cellphones, smartphones & social media. The Internet and Higher Education, 19, 18–26.
Halim, Z. A., Salleh, A. W., Rahman, N. E. A., & Suhane, S. H. M. (2018). Konsep ‘Ilm Al-Bayan Dalam Gaya Bahasa Melayu: Sorotan Perbandingan Dan Pemanfaatannya Dalam Pengajaran Ilmu Balaghah. dalam Proceedings of International Conference on Ummah (ICU2018). 406.
Halimah, A. M. (2014). Translation of the Holy Quran: a call for standardization. Advances in Language and Literary Studies, 5(1), 122–133.
Heri Ruslan. (2012). Jejak Penerjemahan Alquran di Dunia Barat. Khazanah. https://www.republika.co.id/berita/m2mahv/jejak-penerjemahan-alquran-didunia-barat
Mohamed, Y., Ibrahim, M. H., Saad, N. M., & Ismail, S. (2021). Perlaksanaan PdPC Balaghah Di Institusi Pengajian Tinggi Dari Perspektif Pensyarah. AL-QALAM International Online Journal of Arabic Language Studies, 1(1), 1-19.
Mohd Zaki Abd. Rahman & Che Radiah Mezah. (2013). Balaghah Melayu Berdasarkan Balagah Arab Satu Pengenalan dalam Ilmu Ma’ani. Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Muhammad, A. (2008). Pendidikan Balaghah Arab di Malaysia. Penerbit UTM Press.
Muhammad, A., Abdullah, A. H. bin, Basiron, B. B., Jasmi, K. A. B. I. N., & Noor, S. S. B. I. N. M. (2007). Penguasaan pelajar sekolah menengah Aliran Agama terhadap pengajian ilmu Retorik Arab. Universiti Teknologi Malaysia.
Nazri Bin Atoh, Saipolbarin Bin Ramli & Muhammad Zulkifli Bin Abdul Manan. (2017). Keberkesanan Pengajaran Al- Balaghah Menggunakan Contoh Ayat Al-Quran. dalam Proceedings of The International Conference on The Teaching and Learning of Languages (ICTLL). 384.
Othman, H. H. (1999). Pengajian balaghah di sekolah agama rakyat (Perak): Pengalaman dan tinjauan. Prosiding Seminar Balaghah (Retorika) Arab-Melayu, 113–127.
Othman, A. J., Norzan, N., Darusalam, G., & Siraj, S. (2011). Cabaran guru program LINUS dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Masalah Pendidikan, 34, 37–51.
Raja Hazirah, R. S. (2012). Penguasaan Balaghah dalam kalangan pelajar IPT. Doctoral dissertation, University of Malaya.
Rosni Samah, & Muhammad Marwan Ismail. (2009). Laporan Penyelidikan Penguasaan al-Balaghah dan Permasalahannya Di Kalangan Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Kajian Di Sekolah-Sekolah Agama Negeri Selangor. Universiti Sains Islam Malaysia.
Sabhita Marican. (2006). Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Prakmatik. Edusystem Sdn. Bhd.
Sery, S. A. M. (1999). Perintis ke Arah Memberi Nafas Baru kepada Ilmu Balaghah. Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sibawaih & Agus Dedi Putrawan. (2015). Al-Quran dan Prinsip Komunikasi, dalam Komunike, 7 (1).
Siti Ngaisah, (2013). Analisis Pemakaian Gaya Bahasa Dan Makna Yang Terkandung Pada Terjemahan Al Quran Surat An-Nisa. Tesis Sarjana, Fakultas Keguruan Dan Ilmu Pendidikan Universitas Muhammadiyah Surakarta.
Siti Saodah Hassan. (1999). Ilmu Bayan Satu Perbandingan Dengan Bahasa Melayu. Dalam Prosiding Seminar Balaghah (Retorika) Arab-Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. 43-53.
Sopian, A., Ahmad, S., & Bakar, K. A. (2013). Penguasaan dan Permasalahan Pelajar Terhadap Pengajian Ilmu Balaghah: Satu Tinjauan Awal/Mastery and Problem of Students Against the Balaghah Studies: A Preliminary Survey. Islamiyyat, 35(1), 93.
Sulaiman, R. H. R., & Wahid, N. A. (2021). Faktor-faktor Kelemahan Pembelajaran Balaghah [Factors of Weaknesses in Learning Balaghah]. International Journal of Contemporary Education, Religious Studies and Humanities, 1(2), 111–120.
Zadeh, T. (2015). Quranic studies and the literary turn. Journal of American Oriental Society, 135(2), 329–342.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.