Model Pendidikan Digital Qurani (MPDQ): Kerangka Konseptual Pendidikan Generasi Alpha Berasaskan Teknologi, Etika dan Nilai

Authors

  • Dr. Khairussaadah Wahid SENIOR LECTURER
  • Dr. Faezy Adenan SENIOR LECTURER
  • Dr. Norizan Hassan SENIOR LECTURER
  • Siti Nor Haliza Abd Zamani LECTURER

DOI:

https://doi.org/10.53840/e-jpi.v13i3.444

Abstract

Transformasi digital dan perkembangan kecerdasan buatan (AI) telah mengubah landskap pendidikan secara signifikan, khususnya dalam kalangan Generasi Alpha yang membesar sepenuhnya dalam ekosistem digital. Walaupun pelbagai model pendidikan digital telah diperkenalkan untuk meningkatkan literasi digital dan keberkesanan pembelajaran, kebanyakannya masih didominasi oleh paradigma teknosentrik yang memberi penekanan kepada kompetensi teknologi dan pencapaian akademik, manakala dimensi etika, nilai dan pembangunan insan kurang diintegrasikan secara sistematik. Keadaan ini mewujudkan jurang konseptual dalam usaha membangunkan pendidikan digital yang seimbang dan berteraskan pembangunan insan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan membangunkan Model Pendidikan Digital Qurani (MPDQ) sebagai suatu kerangka konseptual yang mengintegrasikan teknologi, etika dan nilai berasaskan prinsip pendidikan Islam dan maqasid al-Shariah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis konseptual melalui kaedah kajian kepustakaan. Data diperoleh daripada artikel jurnal berwasit, buku akademik dan dokumen ilmiah yang berkaitan dengan pendidikan digital, Generasi Alpha, kecerdasan buatan, etika digital, pendidikan Islam dan maqasid al-Shariah, serta dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa cabaran utama pendidikan digital bukan berpunca daripada kekurangan teknologi, tetapi ketiadaan kerangka yang mampu menghubungkan penggunaan teknologi dengan pembangunan insan secara holistik. Berdasarkan sintesis literatur, MPDQ dicadangkan melalui integrasi konsep ta’lim, tarbiah dan ta’dib yang diterjemahkan kepada literasi digital, pembangunan karakter dan etika digital serta diperkukuh oleh kerangka maqasid al-Shariah. Kajian ini menyumbang kepada literatur pendidikan digital Islam dengan menawarkan model konseptual yang memperluaskan perbincangan daripada paradigma teknosentrik kepada pendekatan yang berorientasikan pembangunan insan, sekali gus menyediakan asas bagi pembangunan dasar, kurikulum dan penyelidikan empirikal pada masa hadapan.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahyar, A. S., Hayati, A., Erlina, Ghazi, F., & Kholid, I. (2025). Urgensi Pendidikan Islam Dalam Membentuk Etika Digital Generasi Alpha Di Rra Industri 5.0. Pendas: Jurnal Ilmiah Pendidikan Dasar, 10(4), 247–260.

Al-Attas, S. M. N. (1999). The Concept of Education in Islam: A Framework For an Islamic Philosophy of Education. International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Arifah, M. N., Munir, M. A., & Nudin, B. (2021). Educational design for Alpha Generation in the Industrial Age 4.0. Advances in Economics, Business and Management Research, 168, 137–145.

Auda, J. (2008). Maqasid al-Shariah as philosophy of Islamic law: A systems approach. International Institute of Islamic Thought.

Cotton, D. R. E., Cotton, P. A., & Shipway, J. R. (2024). Chatting and Cheating: Ensuring Academic Integrity In The Era of ChatGPT. Innovations in Education and Teaching International, 61(2), 228–239. https://doi.org/10.1080/14703297.2023.2190148.

Gilson, L. L., & Goldberg, C. B. (2015). Editors’ Comment: So, What Is A Conceptual Paper? Group & Organization Management, 40(2), 127–130. https://doi.org/10.1177/1059601115576425.

Hafizah, N. (2023). Media Pembelajaran Digital Generasi Alpha Era Society 5.0 Pada Kurikulum Merdeka. Al-Madrasah: Jurnal Ilmiah Pendidikan Madrasah Ibtidaiyah, 7(4), 1675–1690. https://doi.org/10.35931/am.v7i4.2699.

Halstead, J. M. (2004). An Islamic Concept of Education. Comparative Education, 40(4), 517–529. https://doi.org/10.1080/0305006042000284510.

Jaakkola, E. (2020). Designing Conceptual Articles: Four Approaches. AMS Review, 10(1–2), 18–26. https://doi.org/10.1007/s13162-020-00161-0.

Langgulung, H. (1997). Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hofrova, A., Balidemaj, V., & Small, M. A. (2024). A Systematic Literature Review of Education for Generation Alpha. Discover Education, 3, Article 125. https://doi.org/10.1007/s44217-024-00218-3.

Kamali, M. H. (2008). Maqasid al-Shariah Made Simple. International Institute of Islamic Thought.

Kasneci, E., Sessler, K., Kuchemann, S., Bannert, M., Dementieva, D., Fischer, F., Gasser, U., Groh, G., Gunnemann, S., Hullermeier, E., Krusche, S., Kutyniok, G., Michaeli, T., Nerdel, C., Pfeffer, J., Poquet, O., Sailer, M., Schmidt, A., Seidel, T., Stadler, M., Weller, J., Kuhn, J., & Kasneci, G. (2023). ChatGPT for Good? On Opportunities and Challenges of Large Language Models for Education. Learning and Individual Differences, 103, Article 102274. https://doi.org/10.1016/j.lindif.2023.102274.

McCrindle, M., & Fell, A. (2020). Generation Alpha: Understanding Our Children and Helping Them Thrive. Hachette Australia.

Md Desa, R. & Matore, M. E. (2025). Konsepsualisasi Perancangan dan Pembinaan Instrumen Penilaian Dalam Era Kecerdasan Buatan. Sains Insani, 10(2), 99–107.

Mirson, S. R., Mohd Nazir, S., Narendran, S., & Jasmi, K. A. (2023). Generasi Alpha: Perspektif, Cabaran dan Cara Didikan Mengikut Prinsip Islam. Seminar Falsafah Sains dan Ketamadunan, 87–98.

Ng, W. (2012). Can We Teach Digital Natives Digital Literacy? Computers & Education, 59(3), 1065–1078. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2012.04.016.

Nggolaon, D., & Supu, E. (2025). Pendidikan Karakter Melalui Media Digital: Tantangan dan Peluang di Era Gen Alpha. Damhil Education Journal, 5(1), 55–63. https://doi.org/10.37905/dej.v5i1.2864

Rahman, F. A., Rohmah, M., Rustiani, S., Fatmawati, I. Y., & Zahro, N. A. D. S. (2023). Pendidikan Karakter Dalam Era Digital: Bagaimana Teknologi Mempengaruhi Pembentukan Moral dan Etika. Journal of Creative Student Research, 1(6), 294–304. https://doi.org/10.55606/jcsrpolitama.v1i6.2975

Khalid, R. A., Hashim, H., Hashim, I. M. & Tajuddin, N. (2025). Pelapis Masa Depan: Mempersiapkan Generasi Alfa Yang Berinovasi Melalui Pendidikan Berkualiti. Majalah PP Biologi, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, 13, 112–113.

Rozikin, Z., Kamalia, A. Z., Wiyarno, W., Ramadhan, M. R., & Hasanah, Q. A. R. (2025). Strategi Pendampingan Penggunaan Media Sosial Yang Positif dan Produktif Bagi Generasi Alpha. Madaniya, 6(1), 329–337.

Setiawan, I., Fadloli, Chalim, A., & Amalia, A. R. (2025). Etika Digital Dalam Perspektif Pendidikan Agama Islam. AL-IMAN: Jurnal Keislaman dan Kemasyarakatan, 13(1), 284–304.

Tang, Y. M., & Chaw, L. Y. (2023). Digital Literacy and Artificial Intelligence Literacy In Higher Education. Education and Information Technologies, 28(9), 11211–11232. https://doi.org/10.1007/s10639-023-11673-2.

Twenge, J. M., & Campbell, W. K. (2018). Associations Between Screen Time and Lower Psychological Well-Being Among Children and Adolescents: Evidence From A Population-Based Study. Preventive Medicine Reports, 12, 271–283. https://doi.org/10.1016/j.pmedr.2018.10.003.

UNESCO. (2023). Global Education Monitoring Report 2023: Technology In Education—A Tool on Whose Terms? UNESCO Publishing.

Utami, A. S. P. S., Susanti, V. D., Triasroza, A. N., & Dani, O. F. R. (2025). Optimalisasi Pengetahuan Generasi Alpha Untuk Meningkatkan Kualitas Pendidikan di Era Transformasi Digital. Jurnal Konatif: Jurnal Ilmiah Pendidikan, 3(1), 59–73.

Utami, Y., Putri, F. A., & Oktavia, T. M. (2025). Konsep Pendidikan Akhlak Islam Untuk Siswa Sekolah Dasar di Era Post-Digital: Rekonstruksi Nilai Spiritual Generasi Alfa Muslim di Dunia Maya. Ta’diban: Journal of Islamic Education, 6(1), 46–62. https://doi.org/10.61456/tjie.v4i2.152.

Wan Daud, W. M. N. (1998). The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib Al-Attas: An Exposition of The Original Concept of Islamization. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Downloads

Published

30-09-2026

How to Cite

Model Pendidikan Digital Qurani (MPDQ): Kerangka Konseptual Pendidikan Generasi Alpha Berasaskan Teknologi, Etika dan Nilai. (2026). E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 13(3), 124-141. https://doi.org/10.53840/e-jpi.v13i3.444