Penilaian Terhadap Strategi Guru dalam Melaksanakan Pentaksiran Menggunakan Instrumen PKPIM

Authors

  • Rohida Jamaludin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Zetty Nurzuliana Rashed Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Keywords:

Pentaksiran Akhlak, Instrumen Pentaksiran Akhlak, Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM Musleh (PKPIM), Penilaian Program Pentaksiran, Model Penilaian KIPP

Abstract

Pentaksiran ialah perkara yang penting di dalam pendidikan kerana ianya adalah satu proses pengumpulan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan bagi satu program pembelajaran termasuklah pembelajaran akhlak di sekolah. Pentaksiran akhlak bertujuan untuk menambahbaik akhlak dan adab murid. Satu instrumen untuk mentaksir pencapaian akhlak murid telah dibina oleh Unit Kurikulum dan Pentaksiran IKRAM Musleh yang dinamakan Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM Musleh (PKPIM). PKPIM ini digunakan dalam satu program pentaksiran akhlak murid yang dijalankan secara berkala. Satu kajian telah dijalankan bagi menilai strategi guru di dalam pelaksanaan program pentaksiran akhlak murid menggunakan Model Penilaian KIPP Stufflebeam di dalam penilaian proses. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan. Responden kajian ini terdiri daripada 93 orang guru yang menjadi mentor kepada murid-murid tahun enam di semua sekolah rendah IKRAM Musleh. Pengumpulan data adalah melalui kaedah soal selidik. Statistik deskriptif menggunakan min telah digunakan untuk mengenalpasti tahap penilaian proses dalam program pentaksiran ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam penilaian proses yang melibatkan strategi guru semasa melaksanakan pentaksiran berada pada tahap tinggi iaitu 3.82. Item yang mempunyai min paling tinggi ialah guru memaklumkan kepada murid apa yang hendak ditaksir iaitu 4.01. Manakala item yang mempunyai min paling rendah ialah guru membuat perancangan tahunan aktiviti perjumpaan PKPIM iaitu 3.52. Kesimpulannya, kajian penilaian ini telah menunjukkan bahawa program pentaksiran akhlak ini merupakan program yang baik dan dapat mengubah sikap murid kepada yang lebih baik. Justeru, program ini mesti diteruskan dan beberapa penambahbaikan perlu diambil serta pelaksanaannya perlu diperkemaskan lagi.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ajmain. 2011. Instrumen Pentaksiran Akhlak Malaysia Menurut Pentaksiran Rakan Sebaya (IPAM-RS).

Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad. 1998. Ihya Ulum al-Din. Jilid 1. Terj TK. H. Ismail Yakub. Singapura: Pustaka Nasional.

Azma Mahmood. 2006. Pengukuran Tahap Penghayatan Pendidikan Islam Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia. Tesis Kedoktoran Universiti Kebangsaan Malaysia.

Creswell, J.W. 2002. Educational Research – Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research (2nd Ed). New Jersey: Pearson Merril Prentice Hall.

Fitzpatrick, J.L., Sanders, J.R. & Worthen, B.R. 2004. Program Evaluation: Alternative Approaches and Practical Guidelines. Boston, MA: Pearson.

Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru di Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Kedoktoran Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khodori Ahmad. 2001. Pentaksiran Holistik Berteraskan Al Quran.

Mohamad Fadzil. 2013. Menilai Keberkesanan Pelaksanaan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Pendidikan Sejarah Sekolah Rendah Di Institusi Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.

Norasmah Othman. 2010. Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja Di Sekolah Menengah. Tesis Kedoktoran Universiti Putra Malaysia.

Perlembagaan Pertubuhan IKRAM Malaysia. 1991. Profail IKRAM Musleh. 2016.

Stufflebeam. 1971. The Use of Experimental Design in Education Evaluation.

Stufflebeam. 2003. Components of Stufflebeam’s CIPP Model.

Stufflebeam. 2005. CIPP Model (Context, Input, Process, Product). Dlm S. Mathison (pnyt). Encyclopedia of Evaluation. Thousand Oaks. CA; Sage.

Published

25-12-2020

How to Cite

Jamaludin , R., & Rashed , Z. N. . (2020). Penilaian Terhadap Strategi Guru dalam Melaksanakan Pentaksiran Menggunakan Instrumen PKPIM. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 7, 45–57. Retrieved from https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/42

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.

Most read articles by the same author(s)