Pembangunan Aplikasi Mudah Alih Kesedaran Keselamatan Siber untuk Remaja: Satu Kajian Awal
DOI:
https://doi.org/10.53840/e-jpi.v13i2.424Keywords:
Keselamatan Siber, Gamifikasi, Aplikasi Mudah Alih, Multimedia Interaktif , Remaja, ADLCAbstract
Peningkatan penggunaan internet dan media sosial telah mendedahkan remaja kepada pelbagai ancaman keselamatan siber seperti buli siber, penipuan dalam talian, phishing dan kebocoran maklumat peribadi. Walaupun pelbagai kempen kesedaran keselamatan siber telah dijalankan, namun pendekatan pembelajaran perlu ditambahbaik dalam meningkatkan penglibatan serta kefahaman remaja terhadap risiko digital. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pendekatan gamifikasi dan multimedia interaktif mampu meningkatkan motivasi, penglibatan, dan pengekalan pengetahuan pengguna dalam pembelajaran keselamatan siber. Kajian ini bertujuan membangunkan aplikasi mudah alih Cyber Safety Awareness App berasaskan gamifikasi bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan remaja. Pembangunan aplikasi menggunakan metodologi Application Development Life Cycle (ADLC) yang melibatkan fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pengujian, dan pelaksanaan. Aplikasi ini mengintegrasikan elemen multimedia interaktif seperti animasi 2D, permainan pendidikan, kuiz interaktif, dan sistem ganjaran untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran pengguna. Keberkesanan aplikasi akan dilaksanakan menerusi ujian kebolehgunaan terhadap pengguna sasaran berumur 13 hingga 18 tahun. Hasil kajian dijangka penggunaan elemen gamifikasi dan multimedia interaktif dapat meningkatkan tahap penglibatan, kefahaman, dan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan remaja. Kajian ini turut menyumbang kepada pembangunan inovasi pendidikan digital yang lebih interaktif dan relevan dengan cabaran keselamatan siber masa kini.
Downloads
References
Asrol, A. A. (2025, Jun 12). Kerajaan bimbang peningkatan ancaman siber terhadap kanak-kanak. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/nasional/2025/06/kerajaan-bimbang-peningkatan-ancaman-siber-terhadap-kanak-kanak/
BERNAMA. (2021, November 15). CyberSecurity Malaysia laksana kajian tanda aras kesedaran keselamatan siber. BERNAMA. https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2023341
DOSM. (2026). Laporan Survei Penggunaan Dan Capaian Ict Oleh Individu Dan Isi Rumah. Department of Statistics Malaysia (DOSM). https://www.dosm.gov.my/uploads/content-downloads/file_20260423120004.pdf
Ghazali Alias. (2023). Aplikasi gamifikasi bertemakan ancaman siber—Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2023/02/15/aplikasi-gamifikasi-bertemakan-ancaman-siber/
Health, T. (2024, Oktober 11). Buli Siber: Bahaya Tersembunyi yang Menjejaskan Kesihatan Mental. TeleHope Health. https://www.telehopehealth.com/ms/post/buli-siber-bahaya-tersembunyi-yang-menjejaskan-kesihatan-mental
Inspiroz. (2022). Gamification in Education: What Is Gamification and Why Is It Trending in schools? https://www.linkedin.com/pulse/gamification-education-what-why-trending-schools-inspiroz/
Kaspersky. (2026, April 13). Malaysia recorded 3.36 million web-based cyber threats in 2025. New Straits Times. https://www.nst.com.my/news/nation/2026/04/1416928/kaspersky-malaysia-recorded-336mil-web-based-cyber-threats-last-year
Pressman, R. S. (2005). Software Engineering: A Practitioner’s Approach. Palgrave Macmillan.
Razack, A. K. A., & Saad, M. F. M. (2024). Enhancing Cybersecurity Awareness through Gamification: Design an Interactive Cybersecurity Learning Platform for Multimedia University Students. Journal of Informatics and Web Engineering, 3(3), 21–40. https://doi.org/10.33093/jiwe.2024.3.3.2
Tranung, K. (2025, Januari 21). HENTIKAN BULI SIBER. Laman Web MKN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2025/01/21/hentikan-buli-siber/
TV3. (2024). Buli Siber: ‘Pembunuh’ senyap dunia digital | BULETIN TV3 Malaysia. https://www.buletintv3.my/artikel/buli-siber-pembunuh-senyap-kesihatan-mental-dunia-digital/
Utusan Malaysia, M. (2023, Ogoss 31). Gamifikasi didik anak muda kepentingan keselamatan siber. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/08/gamifikasi-didik-anak-muda-kepentingan-keselamatan-siber/
United Nations Children's Fund (UNICEF) Malaysia. (2025). Age restrictions alone won't keep children safe online, says UNICEF. https://www.unicef.org/malaysia/press-releases/age-restrictions-alone-wont-keep-children-safe-online-says-unicef
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2026 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.










