Penggunaan Ganja Dalam Rawatan Penyakit Mental: Tinjauan Dari Perspektif Hukum Syarak Dan Perundangan Di Malaysia : Satu Sorotan Literatur

Authors

  • Zaini Yusnita Mat Jusoh KUIS

DOI:

https://doi.org/10.53840/ejpi.v11i1.140

Abstract

Masyarakat umum mempercayai bahawa ganja boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan seseorang berkhayal. Walau bagaimanapun, ramai tidak mengetahui bahawa ganja juga mempunyai peranan yang penting dalam bidang perubatan di negara-negara tertentu. Malah kebelakangan ini, ganja telah digunakan secara meluas sebagai ubat dalam bidang perubatan. Terdapat kajian di luar negara yang mendapati bahawa ganja boleh meningkatkan selera makan orang yang menghidapi HIV dan mengurangkan kesakitan kronik serta kekejangan otot. Walau bagaimanapun,  penggunaan ganja dalam rawatan perubatan di Malaysia belum diuji dengan berkesan oleh sebab terdapat larangan undang-undang. Penggunaan ganja ialah suatu kesalahan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952 meskipun terdapat banyak pihak yang menegaskan bahawa terdapat faedah daripada penggunaan ganja untuk merawat pelbagai penyakit, seperti  penyakit mental. Dari aspek hukum syarak pula, pihak Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah tentang isu ganja perubatan kerana agama Islam tidak melarang atau menyekat apa-apa perbincangan yang membawa kebaikan kepada umatnya. Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Mohd Noor telah memberikan pendapat bahawa penggunaan tumbuhan semula jadi, seperti ganja dalam perubatan adalah harus jika tidak mengancam keselamatan.  Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti kewajaran penggunaan ganja dalam bidang perubatan, khususnya sebagai rawatan alternatif untuk merawat penyakit mental menurut perspektif syarak dan undang-undang. Tinjauan awal  mendapati tidak banyak kajian lepas didalam jurnal ilmiah, artikel prosiding mahupun didalam media massa yang membincangkan tentang isu ini. Justeru,penulisan ini bertujuan membuat tinjauan awal mengenai kewajaran penggunaan ganja dalam perubatan dari perspektif syarak dan undang-di Malaysia. Mengguna pakai pendekatan kajian kualitatif dan data diperolehi melalui analisis dokumen dan perpustakaan, penulisan ini mendapati bahawa walaupun terdapat kebenaran penanaman ganja bagi tujuan penyelidikan, pembelajaran, eksperimen atau perubatan, namun tertakluk kepada syarat-syarat dan terma yang ditetapkan dalam undang-undang dan syarak.

 

Kata Kunci:  Ganja,perubatan, penyakit mental, undang-undang, syarak,

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Akta Dadah Berbahaya 1952

Akta Racun 1952

Al-Ghazālī, A. H. (1993). al-Mustasfa. Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah.

Al-Tabariy, A. J. (1994). Jami' al-Bayan 'An Ta'wili Ayi al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah

Ariffin, N. M. (2016). Pengaruh Kesejahteraan Rohani Terhadap Kecenderungan Pengulangan Dadah Di Tujuh Pusat Khidmat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (PKAADK) Di Malaysia . Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Atakan, Z. 2018. Cannabis use by people with severe mental illness – is it important?. Advances in Psychiatric Treatment , Volume 14. Issue 6. November 2008. 423 – 431

Azman Mohd Noor & Mohd Al-Ikhsan Ghazali. (2010). Penyalahgunaan Dadah Dan Kewajaran Peruntukan Hukuman Mati Ke Atas Pengedar Dadah Di Malaysia: Satu Analisis. Jurnal Fiqh 7, 29-48.

E.J. Khantzian. 1997. The self-medication hypothesis of substance use disorders: a reconsideration and recent applications, Harv Rev Psychiatry, 4 (5) (1997). 231-244

Hehsan, M. R. 2015. Q & A Fiqh Perubatan. PTS Islamika.

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1242-irsyad-al-fatwa-ke-124-hukum-menanam-pokok-ketum-bagi-tujuan-perubatan-farmaseutikal

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/1531-irsyad-usul-fiqh-siri-4-penjelasan-kaedah-fekah-hukum-berlegar-bersama-sama-illahnya-ketika-ia-ada-dan-tiada

https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/soalan-lazim-kanabis-cannabis.html

Kementerian Kesihatan Malaysia 2020. Soalan Lazim : Kanabis (Cannabis), 6 March 2020, Laman Portal Rasmi Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Laman web Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) https://mmha.org.my/article-listing/bahasa-malaysia/cara-rawatan-penyakit-mental

Mary Lynn Mathre, R.N. (1997) Cannabis in Medical Practice: A Legal, Historical and Pharmacological, Overview of Therapeutic Use of Marijuana, North Carolina

McEwen J. A, 2007. (McEwen J. A history of therapeutic goods regulation in Australia. Canberra: Commonwealth of Australia, 2007. Available at: https://www.tga.gov.au/sites/default/files/history-tgregulation.pdf. Accessed 10 Oct 2019

Moore TH, Zammit S, Lingford-Hughes A, Barnes TR, Jones PB, Burke M, et al. 2007. Cannabis use and risk of psychotic or affective mental health outcomes: a systematic review. Lancet; 370(9584):319-28

New Straits Times, 2022. https://www.nst.com.my/news/nation/2022/05/798959/cannabis-effective-managing-bipolar-disorder-symptoms

Paramsivan, K, Tengku Zainuddin, T.N.A & Rajamanickam, R. 2019. Penggunaan Ganja dalam Rawatan Perubatan di Malaysia dalam Undang-undang dan Etika Perubatan. Bangi: Penerbit UKM

Schofield, D., Tennant, C., Nash, L. et al. 2006. Reasons for cannabis use in psychosis. Australian and New Zealand Journal of Psychiatry, 40, 570–574.

Shaul Lev-Ran, Bernard Le Foll, Kwame McKenzie, Tony P. George, Jürgen Rehm. 2013. Cannabis use and cannabis use disorders among individuals with mental illness, Comprehensive Psychiatry. Volume 54. Issue 6. August 2013. 589-598.

Utusan Malaysia, 2022 https://www.utusan.com.my/nasional/2022/04/ganja-perubatan-jawatankuasa-fatwa-perlu-muzakarah-nilai-sudut-perubatan/

Downloads

Published

30-04-2024

How to Cite

Mat Jusoh, Z. Y. (2024). Penggunaan Ganja Dalam Rawatan Penyakit Mental: Tinjauan Dari Perspektif Hukum Syarak Dan Perundangan Di Malaysia : Satu Sorotan Literatur . E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 11(1), 1–15. https://doi.org/10.53840/ejpi.v11i1.140

Issue

Section

Articles