This is an outdated version published on 20-12-2025. Read the most recent version.

Metodologi Imam Al-Bukhārī (810-870 M) Dalam Al-Adab Al-Mufrad: Antara Tarbiah Jiwa Dan Penyelesaian Sosial Manusia Moden

An Analytical Examination of Challenges and Barriers in Technology Integration for Quranic Learning

Authors

  • Wan Mohd Aswadi Wan Mat Yim Universiti Islam Selangor

DOI:

https://doi.org/10.53840/ejpi.v12i4.254

Keywords:

Imam al-Bukhari, Al-Adab al-Mufrad, Psikologi Islam, Tarbiah Jiwa, Hadis Sosial, Etika Sosial

Abstract

Al-Adab al-Mufrad adalah karya agung Imam al-Bukhāri dalam menghimpunkan hadis- hadis berkenaan akhlak dan adab islami. Malah kitab ini juga merupakan refleksi mendalam terhadap struktur rohani dan sosial dalam Islam. Berbanding dengan Sahīh al-Bukhārī yang berorientasikan hukum dan perletakkan syarat yang ketat dalam periwayatan, kitab ini tampil dengan pendekatan tarbawi, rohani dan insani. Kajian ini bertujuan untuk menelusuri metodologi Imam al-Bukhari dalam menyusun Al-Adab al-Mufrad serta menganalisis bagaimana kandungannya memberi impak terhadap pembentukan rohani dan bagaimana hadis-hadis yang terkandung dalamnya dapat menyelesaikan masalah sosial kontemporari. Kajian ini menggunakan pendekatan interdisiplin antara ilmu hadis, psikologi Islam dan etika sosial, dengan memfokuskan terhadap analisis tematik tarājim (tajuk-tajuk bab) dan pemilihan hadis oleh al-Bukhārī. Dapatan awal menunjukkan bahawa Imam al-Bukhārī tidak menyusun hadis secara rawak, sebaliknya membina tarājim (tajuk-tajuk) dan abwāb (bab-bab) yang progresif bermula daripada tanggung-jawab sosial terhadap ibu-bapa, pembinaan rohani, pengurusan emosi, hingga kepada adab-adab sosial dan tanggungjawab kemasyarakatan. Tarājim (tajuk-tajuk bab) yang dimuatkan al-Bukhārī lebih bersifat reflektif dan didaktif. Pendekatan psikospiritual dalam kitab ini adalah sangat selaras dengan prinsip tazkiyah al - nafs yang digunakan  dalam psikologi Islam. Hadis-hadis yang menyentuh aspek takwa, sabar, ikhlas, kawalan emosi marah dan kasih sayang sesama manusia dapat dilihat sebagai terapi emosi dan social dalam menghadapi cabaran dunia moden hari ini yang dipenuhi penyakit sosial seperti stres, kemurungan, konflik keluarga dan keretakan sosial. Kajian ini menggabungkan kerangka hadis klasik dan keperluan sosiologi moden, bagi membuktikan kitab al-Adab al-Mufrad  sebagai sebuah sumber yang masih relevan untuk membina masyarakat yang berasaskan nilai spiritual dan kasih sayang sejagat. Kajian ini mencadangkan agar Al-Adab al-Mufrad diberi tempat dalam wacana kontemporari melibatkan pendidikan jiwa, terapi Islam dan pembinaan komuniti rahmah. Ini selaras dengan tuntutan zaman yang memerlukan pendekatan holistik berasaskan wahyu untuk menyantuni krisis jiwa dan sosial umat manusia hari ini.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abu Ghuddah, A. F. (2008). Zafar al-Amānī bi Sharḥ Mukhtaṣar Sayyid al-Sharīf al-Jurjānī fī Muṣṭalaḥ al-Ḥadīth (Cet. 1). Beirut: Maktab al-Matbū‘āt al-Islāmiyyah. (Karya asal diterbitkan 1429H).

Al-Albānī, M. N. (1997). Ṣaḥīḥ al-Adab al-Mufrad li al-Imām al-Bukhārī. Riyadh, Saudi Arabia: Maktabah al-Dalīl.

Al-Asqalānī, A. b. ‘A. b. B. H. (n.d.). Hādī al-Sārī Muqaddimah Fatḥ al-Bārī (Juz. 1). Lahore: Maktabah Rashidiyyah.

Al-Bukhārī, M. I. (2023). Al-Adab al-Mufrad (Cet. 1). al-Qāhirah: Dār al-ʿIlm wa al-Thaqāfah & Dār al-ʿĀṣimah. (Karya asal diterbitkan 1444H).

Al-Mu‘allimī, ‘A. R. b. Y. (1958). Faḍl Allāh al-Ṣamad fī Tawḍīḥ al-Adab al-Mufrad (hlm. 18). Kaherah: Maṭba‘ah Salafiyyah. (Karya asal diterbitkan 1378H).

Al-Qāsimī, M. J. al-D. (2010). Qawāʿid al-Taḥdīth min Funūn Muṣṭalaḥ al-Ḥadīth (hlm. 116). Beirut: Dār al-Nafā’is.

Al-Qur’ān al-Karīm. (n.d.).

Department of Statistics Malaysia. (2024). Crime statistics, Malaysia, 2023. Department of Statistics Malaysia Official Portal. https://storage.dosm.gov.my/crime/crime_2023.pdf

Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī, A. b. A. (2005). Fatḥ al-Bārī: Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (Vols. 2 & 13). Beirut: Dār al-Ṭayyibah.

Institute for Public Health. (2024). National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023: Mental health status among adults in Malaysia. Ministry of Health Malaysia. https://iku.nih.gov.my/images/nhms2023/fact-sheet-nhms-2023.pdf

Khairi, A., Al-Azhar Pekanbaru Riau, S., & Sultan Syarif Kasim Riau, U. (2020). Analisis kitab Adab al-Mufrad karya Imam Bukhari tentang pendidikan adab dan relevansinya terhadap pendidikan karakter di Indonesia. PALAPA: Jurnal Studi Keislaman dan Ilmu Pendidikan, 8(1). https://doi.org/10.xxxxx

Nuruddin Itr. (2009). Fiqh al-Ḥadīth ‘inda al-Imām al-Bukhārī. Kaherah: Dār al-Baṣā’ir.

Downloads

Published

20-12-2025

Versions

How to Cite

Wan Mat Yim, W. M. A. (2025). Metodologi Imam Al-Bukhārī (810-870 M) Dalam Al-Adab Al-Mufrad: Antara Tarbiah Jiwa Dan Penyelesaian Sosial Manusia Moden: An Analytical Examination of Challenges and Barriers in Technology Integration for Quranic Learning. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 12(4), 47–61. https://doi.org/10.53840/ejpi.v12i4.254

Similar Articles

<< < 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.