Metodologi Imam Al-Bukhārī (810-870 M) Dalam Al-Adab Al-Mufrad: Antara Tarbiah Jiwa Dan Penyelesaian Sosial Manusia Moden
An Analytical Examination of Challenges and Barriers in Technology Integration for Quranic Learning
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejpi.v12i4.254Keywords:
Imam al-Bukhari, Al-Adab al-Mufrad, Psikologi Islam, Tarbiah Jiwa, etika kemanusiaanAbstract
Al-Adab al-Mufrad adalah karya agung Imam al-Bukhāri dalam menghimpunkan hadis- hadis berkenaan akhlak dan adab islami. Malah kitab ini juga merupakan refleksi mendalam terhadap struktur rohani dan sosial dalam Islam. Berbanding dengan Sahīh al-Bukhārī yang berorientasikan hukum dan perletakkan syarat yang ketat dalam periwayatan, kitab ini tampil dengan pendekatan tarbawi, rohani dan insani. Kajian ini bertujuan untuk menelusuri metodologi Imam al-Bukhari dalam menyusun Al-Adab al-Mufrad serta menganalisis bagaimana kandungannya memberi impak terhadap pembentukan rohani dan bagaimana hadis-hadis yang terkandung dalamnya dapat menyelesaikan masalah sosial kontemporari. Kajian ini menggunakan pendekatan interdisiplin antara ilmu hadis, psikologi Islam dan etika sosial, dengan memfokuskan terhadap analisis tematik tarājim (tajuk-tajuk bab) dan pemilihan hadis oleh al-Bukhārī. Dapatan awal menunjukkan bahawa Imam al-Bukhārī tidak menyusun hadis secara rawak, sebaliknya membina tarājim (tajuk-tajuk) dan abwāb (bab-bab) yang progresif bermula daripada tanggung-jawab sosial terhadap ibu-bapa, pembinaan rohani, pengurusan emosi, hingga kepada adab-adab sosial dan tanggungjawab kemasyarakatan. Tarājim (tajuk-tajuk bab) yang dimuatkan al-Bukhārī lebih bersifat reflektif dan didaktif. Pendekatan psikospiritual dalam kitab ini adalah sangat selaras dengan prinsip tazkiyah al - nafs yang digunakan dalam psikologi Islam. Hadis-hadis yang menyentuh aspek takwa, sabar, ikhlas, kawalan emosi marah dan kasih sayang sesama manusia dapat dilihat sebagai terapi emosi dan social dalam menghadapi cabaran dunia moden hari ini yang dipenuhi penyakit sosial seperti stres, kemurungan, konflik keluarga dan keretakan sosial. Kajian ini menggabungkan kerangka hadis klasik dan keperluan sosiologi moden, bagi membuktikan kitab al-Adab al-Mufrad sebagai sebuah sumber yang masih relevan untuk membina masyarakat yang berasaskan nilai spiritual dan kasih sayang sejagat. Kajian ini mencadangkan agar Al-Adab al-Mufrad diberi tempat dalam wacana kontemporari melibatkan pendidikan jiwa, terapi Islam dan pembinaan komuniti rahmah. Ini selaras dengan tuntutan zaman yang memerlukan pendekatan holistik berasaskan wahyu untuk menyantuni krisis jiwa dan sosial umat manusia hari ini.
Downloads
References
Abdullah, A., & Brown, D. (2021). Islamic psychology and cognitive therapy: Integrating classical Islamic scholarship with contemporary practice. Journal of Religion and Health, 60(3), 1738–1752.
Abu Ghuddah, A. F. (2008). Zafar al-Amānī bi Sharḥ Mukhtaṣar Sayyid al-Sharīf al-Jurjānī fī Muṣṭalaḥ al-Ḥadīth (Cet. 1). Beirut: Maktab al-Matbū‘āt al-Islāmiyyah. (Karya asal diterbitkan 1429H).
Al-Albānī, M. N. (1997). Ṣaḥīḥ al-Adab al-Mufrad li al-Imām al-Bukhārī. Riyadh, Saudi Arabia: Maktabah al-Dalīl.
Al-Asqalānī, A. b. ‘A. b. B. H. (n.d.). Hādī al-Sārī Muqaddimah Fatḥ al-Bārī (Juz. 1). Lahore: Maktabah Rashidiyyah.
Al-Bukhārī, M. I. (2023). Al-Adab al-Mufrad (Cet. 1). al-Qāhirah: Dār al-ʿIlm wa al-Thaqāfah & Dār al-ʿĀṣimah. (Karya asal diterbitkan 1444H).
Almajd, M. S. (2018). İmam Buhârî’nin el-Edebü’l-Müfred isimli eserindeki metodu [The methodology of Imām al-Bukhārī in al-Adab al-Mufrad]. KSÜ İlahiyat Fakültesi Dergisi, 31, 233–279.
Al-Qāsimī, M. J. al-D. (2010). Qawāʿid al-Taḥdīth min Funūn Muṣṭalaḥ al-Ḥadīth (hlm. 116). Beirut: Dār al-Nafā’is.
Al-Qur’ān al-Karīm. (n.d.).
al-Rāghib al-Aṣfahānī, al-Ḥusayn ibn Muḥammad. (n.d.). Al-Mufradāt fī gharīb al-Qurʾān (Vol. 1, p. 491). Markaz al-Dirāsāt wa-al-Buḥūth (Ed.). Makkah al-Mukarramah: Maktabat Nizār Muṣṭafā al-Bāz.
al-Sakhāwī, M. ibn ʿAbd al-Raḥmān. (n.d.). Al-Qāwl al-badīʿ fī al-ṣalāt ʿalā al-ḥabīb al-shafīʿ ṣallallāhu ʿalayhi wa-sallam (Muḥammad ʿAwwāmah, Ed., complete ed.). Beirut: Dār al-Kutubī, p. 497.
Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. Freeman.
Çınaroğlu, M. (2024). Islamically modified cognitive behavioral therapy (ICBT): An innovative psychotherapeutic framework for Muslim individuals. Din ve İnsan Dergisi, 4(7), 60–85. https://doi.org/10.69515/dinveinsan.1437013
Farhan, M., & Mahmud, A. (2022). Islamic ethics in professional counseling: Lessons from prophetic traditions. Journal of Islamic Ethics, 6(2), 123–139.
Hassan, M. (2024). Finding peace: Islamic approaches to managing stress. Ulum-e-Islamia, 31(1), 1–18. https://doi.org/10.2139/ssrn.4905710
He, M., Zhou, Y., Li, J., Zhang, X., & Wang, Y. (2023). The relationship between self-control and mental health: A network analysis among university students. Frontiers in Public Health, 11, 1224427. https://doi.org/10.3389/fpubh.2023.1224427
Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī, A. b. A. (2005). Fatḥ al-Bārī: Sharḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī (Vols. 2 & 13). Beirut: Dār al-Ṭayyibah.
Institute for Public Health. (2024). National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023: Mental health status among adults in Malaysia. Ministry of Health Malaysia. https://iku.nih.gov.my/images/nhms2023/fact-sheet-nhms-2023.pdf
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2015, Mei 18). Tinjauan kebangsaan kesihatan dan morbiditi 2015. Diperolehi daripada https://www.moh.gov.my/moh/resources/nhmsreport2015vol2.pdf
Khairi, A., Al-Azhar Pekanbaru Riau, S., & Sultan Syarif Kasim Riau, U. (2020). Analisis kitab Adab al-Mufrad karya Imam Bukhari tentang pendidikan adab dan relevansinya terhadap pendidikan karakter di Indonesia. PALAPA: Jurnal Studi Keislaman dan Ilmu Pendidikan, 8(1). https://doi.org/10.xxxxx
Khan, F., & Nisa, A. (2024a). Psychospiritual conceptualization of nafs from the perspectives of Muhammad Iqbal. Journal of Muslim Mental Health, 18(1), 92–106. https://doi.org/10.3998/jmmh.6029
Khan, F., & Nisa, A. (2024b). Self-control and impulse management in Islamic psychology. Journal of Muslim Mental Health, 18(2), 45–63.
Knowles, M. (1984). The Adult Learner: A Neglected Species (3rd ed.). Gulf Publishing.
Kowalski, R. M., Giumetti, G. W., Schroeder, A. N., & Lattanner, M. R. (2014). Bullying in the digital age: A critical review and meta-analysis of cyberbullying research among youth. Journal of Adolescent Health, 53(1), S13–S20.
Nuruddin Itr. (2009). Fiqh al-Ḥadīth ‘inda al-Imām al-Bukhārī. Kaherah: Dār al-Baṣā’ir.
Seligman, M. (2011). Flourish: A Visionary New Understanding of Happiness and Well-being. Free Press.
Downloads
Published
Versions
- 20-12-2025 (2)
- 20-12-2025 (1)
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.










