Pelaksanaan E-Pembayaran Dalam Pengurusan Kutipan Sumbangan Masjid Di Selangor: Satu Kajian Rintis

Implementation of E-Payment in Mosque Donation Collection Management in Selangor: A Pilot Study

Authors

  • Junainah Idris Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Fadilah Mat Nor Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Nur Syaheera Atan Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Aza Shahnaz Azman Universiti Islam Selangor (UIS)

DOI:

https://doi.org/10.53840/ejpi.v10i2.138

Keywords:

E-pembayaran, Masjid, Sumbangan dan Infaq, UTAUT

Abstract

Masjid adalah satu institusi yang yang penting dalam kalangan masyarakat Muslim. Peranan masjid tidak hanya terhad pada aspek solat sahaja bahkan ianya juga meliputi semua aktiviti berkaitan umat Islam sama ada dari aspek sosial ataupun ekonomi. Antara sumber kewangan terbesar masjid yang membantu perjalanan aktiviti masjid adalah dari sumber sumbangan masyarakat Muslim itu sendiri. Pengurusan kutipan sumbangan ini banyak menimbulkan isu terutama dari segi ketelusan dan kecekapan. Isu penyelewengan duit masjid, kehilangan dan kecurian adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan dan perlu ditangani demi memastikan kepercayaan masyarakat terhadap pengurusan masjid tidak hilang. Selari dengan perubahan landskap pasaran daripada konvensional kepada digital, masjid juga seharusnya tidak terkecuali dari mengadaptasi perubahan teknologi agar kekal relevan dan dapat meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan mereka. Kaedah e-pembayaran adalah satu kaedah yang dilihat dapat membantu memudahkan dan meningkatkan kecekapan pihak pengurusan masjid dalam menguruskan proses kutipan sumbangan masyarakat Muslim. Justeru itu kajian ini akan melihat apakah persepsi pihak pengurusan masjid terhadap pelaksanaan e-pembayaran di masjid mereka. Pengumpulan data bagi kajian rintis ini adalah melalui edaran borang soal selidik kepada 20 responden yang terdiri daripada jawatankuasa pengurusan masjid di lapan buah masjid di Sepang, Selangor. Data telah dianalisis menggunakan perisian SPSS version 26. Dapatan bagi kajian ini diharapkan dapat membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan sama ada perlunya pelaksanaan e-pembayaran di masjid mereka.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Fadilah Mat Nor, Universiti Islam Selangor (UIS)

 

 

Nur Syaheera Atan, Universiti Islam Selangor (UIS)

 

 

Aza Shahnaz Azman, Universiti Islam Selangor (UIS)

 

 

References

Anon. (2022, June 20). Share your kindness through your e wallet. Retrieved from Touch 'n Go E Wallet: https://www.tngdigital.com.my/donation

Dalia, R., Maryam, M. E., Hazanah, M., & Liyana, H. (2021). Kesediaan penggunaan e-wallet dalam kalangan penduduk pinggir bandar di Melaka. E-Journal Of Education 2021 (9th Edition), 320-328.

Helmi. (2019, Mei 02). Guna Touch 'n Go e-wallet untuk menderma ke masjid menjelang Ramadhan. Retrieved from e Wiser: https://wiser.my/anda-boleh-guna-touch-n-go-e-wallet-untuk-beri-sumbangan-di-10-buah-masjid-ini

Hill, J. (1998). Book reviews. International Small Business Journal, 16(4), 113–115. https://doi.org/10.1177/0266242698164009" https://doi.org/10.1177/0266242698164009

Ilham, R. (2023, Jun 14). Tak kenal serik, suami isteri curi tabung masjid direman lagi. Retrieved from Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/06/1114475/tak-kenal-serik-suami-isteri-curi-tabung-masjid-direman-lagi

Isa, B. H. (2021, Disember 8). SPRM sering terima aduan seleweng dana, tabung masjid. Retrieved from Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/12/sprm-sering-terima-aduan-seleweng-dana-tabung-masjid/

Isaac, S., & Michael, W. B. (1995). Handbook in research and evaluation: A collection of principles, methods, and strategies useful in the planning, design, and evaluation of studies in education and the behavioral sciences (3rd ed.). EdITS Publishers.

KPDN, K. P. (2023, Jun 16). Jom guna e wallet. Retrieved from Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN): https://eredi.kpdn.gov.my/

Mohd Majid, K. (1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd, R., & Yasoa, M. S. (2016). Pengurusan dana pusat ibadah: Kajian eksplorasi kes beberapa masjid di Kelantan. Journal of Education and Social Sciences, Vol. 5, (October), 155-165.

Nur Syazwani, N., & Zanisah, M. (2023). Amalan pembayaran tanpa tunai oleh masyarakat luar bandar: Antara persepsi dan realiti. Jurnal Wacana Sarjana, 1-12.

Oxford, R. (1990). Language learning strategies: What every teacher should know. New York: Newbury House Publishers.

Popescu, Gh, C. R., Verma, & Rahul. (2021). Sustainable and responsible entrepreneurship and key drivers of performance. IGI Global.

Sekaran, U. (2003). Research methods for business: A skill-building approach. 4th Edition, John Wiley & Sons, New York.

Venkatesh, V. M. D. D. (2003). User acceptance of information technology: Toward a unified view. MIS Quarterly, 27, 425-478.

Downloads

Published

29-09-2023

How to Cite

Idris, J., Mat Nor, F., Atan, N. S. ., & Azman, A. S. (2023). Pelaksanaan E-Pembayaran Dalam Pengurusan Kutipan Sumbangan Masjid Di Selangor: Satu Kajian Rintis: Implementation of E-Payment in Mosque Donation Collection Management in Selangor: A Pilot Study. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 10(2), 104–116. https://doi.org/10.53840/ejpi.v10i2.138

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.