Keperluan Pembangunan Garis Panduan Pelaksanaan Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Analisis Empirik Berasaskan Pengalaman Pendakwah

The Need for Developing Guidelines for the Implementation of Da‘wah to Non-Muslims in Malaysia: An Empirical Analysis Based on the Experiences of Da‘wah Practitioners

Authors

  • Noor Alia Shafiqah Mohd Faisal UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS)
  • Mariam Abd Majid UNIVERSITI ISLAM SELANGOR
  • Muhammad Yusuf Marlon Abdullah

DOI:

https://doi.org/10.53840/e-jpi.v13i1.356

Keywords:

Dakwah kepada non-Muslim, garis panduan dakwah, masyarakat majmuk, kompetensi pendakwah, Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR), Malaysia

Abstract

Dakwah kepada golongan non-Muslim dalam kerangka masyarakat majmuk di Malaysia menuntut pendekatan yang berhikmah, sistematik, dan responsif terhadap realiti semasa. Islam sebagai agama yang menyeluruh turut mengiktiraf hubungan antara Muslim dan non-Muslim, sekali gus menjadikan dakwah kepada golongan ini sebagai suatu keperluan penting dalam penyebaran ajaran Islam. Namun demikian, pelaksanaan dakwah sering terhalang oleh pelbagai kekangan, merangkumi ketidaksesuaian pendekatan penyampaian akibat perbezaan budaya dan persepsi negatif terhadap Islam, kekurangan latihan berfokus, serta kelemahan dalam persiapan personaliti pendakwah seperti kemahiran komunikasi, empati, dan kestabilan emosi. Di samping itu, ketiadaan garis panduan yang menyeluruh menyebabkan pelaksanaan dakwah berlaku secara tidak seragam antara organisasi serta dipengaruhi oleh faktor sosio-politik yang kompleks, termasuk isu politik dan perkauman, yang berpotensi menjejaskan keharmonian antara agama. Kekurangan penguasaan ilmu, termasuk pengetahuan terhadap agama lain, turut menyumbang kepada keterbatasan keberkesanan dakwah kepada non-Muslim. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti keperluan pembangunan satu garis panduan pelaksanaan dakwah kepada non-Muslim sebagai asas empirikal bagi kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR). Menggunakan pendekatan kualitatif, analisis keperluan dilaksanakan melalui temu bual kumpulan fokus bersama sepuluh orang pelaksana dakwah. Data dianalisis secara tematik bagi mencerakin permasalahan, cabaran, dan keperluan sebenar di lapangan. Dapatan kajian mendedahkan bahawa permasalahan utama berakar daripada aspek dalaman pendakwah termasuk pendekatan penyampaian, persediaan diri, kestabilan emosi, dan penguasaan ilmu serta cabaran luaran seperti penerimaan sasaran, isu politik dan perkauman, serta faktor keselamatan. Majoriti informan memperakui keperluan mendesak terhadap pembangunan garis panduan yang komprehensif dan kontekstual. Kesimpulannya, kajian ini memberikan justifikasi empirikal yang kukuh untuk pembangunan garis panduan dakwah yang merangkumi aspek kompetensi pendakwah, strategi gerak kerja, tatakelola, serta mekanisme pemantauan dan penilaian, sekali gus menjadi asas kritikal bagi fasa seterusnya dalam mereka bentuk dan membangunkan instrumen dakwah yang dicadangkan. Secara umumnya, kajian ini menegaskan bahawa pembangunan garis panduan dakwah yang sistematik dan kontekstual amat penting bagi memastikan pelaksanaan dakwah kepada non-Muslim di Malaysia dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, berkesan, dan selaras dengan keharmonian masyarakat majmuk.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Ghafar Don, & Hailan Salamon. (2011). Dakwah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia: Cabaran dan pendekatan. Jurnal Dakwah Malaysia, 5(1), 45–58.

Abdul Salam Muhamad Shukri. (2021). Pendekatan dakwah dalam masyarakat majmuk: Satu analisis kontemporari. Jurnal Pengajian Islam, 14(2), 23–35.

Abdul Salam Muhamad Shukri. (2022). Keperluan pembangunan garis panduan dakwah kepada non-Muslim di Malaysia. Jurnal Dakwah dan Komunikasi, 6(1), 1–15.

Abdullah, M. R., & Yusoff, Z. M. (2015). Pendekatan dakwah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia: Satu analisis. Jurnal Dakwah Malaysia, 9(1), 45–60.

Atifah Ahmad Yusoff, Mohd Roslan Mohd Nor, & Nurul Huda Mohd Razif. (2023). Managing religious tension in Malaysia through socioreligious harmony frameworks. Afkar: Journal of Aqidah and Islamic Thought, 25(2), 1–28.

Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101.

Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (4th ed.). SAGE Publications.

Creswell, J. W., & Plano Clark, V. L. (2018). Designing and conducting mixed methods research (3rd ed.). SAGE Publications.

Delbecq, A. L., Van de Ven, A. H., & Gustafson, D. H. (1975). Group techniques for program planning: A guide to nominal group and Delphi processes. Scott, Foresman.

Denzin, N. K. (1978). The research act: A theoretical introduction to sociological methods (2nd ed.). McGraw-Hill.

Harvey, N., & Holmes, C. A. (2012). Nominal group technique: An effective method for obtaining group consensus. International Journal of Nursing Practice, 18(2), 188–194.

Hsu, C.-C., & Sandford, B. A. (2007). The Delphi technique: Making sense of consensus. Practical Assessment, Research, and Evaluation, 12(10), 1–8.

Hsu, Y.-L., & Yang, C.-H. (2000). The Delphi method and fuzzy Delphi method: A comparative study. Expert Systems with Applications, 18(3), 273–280.

Ibrahim, M., & Riyadi, A. (2023). Cross-cultural competence in Islamic da'wah: Enhancing communication effectiveness in plural societies. Journal of Islamic Communication, 8(1), 55–70.

Ishikawa, A., Amagasa, M., Shiga, T., Tomizawa, G., Tatsuta, R., & Mieno, H. (1993). The max-min Delphi method and fuzzy Delphi method via fuzzy integration. Fuzzy Sets and Systems, 55(3), 241–253.

Khairul Azhar Meerangani. (2019). Cabaran dakwah kepada non-Muslim dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Jurnal Hadhari, 11(2), 95–110.

Masitoh, A., & Hashim, R. (2010). Islamic da’wah in a plural society: Issues and challenges. Jurnal Hadhari, 2(1), 23–36.

Mat Johar, N., et al. (2021). Persepsi masyarakat terhadap dakwah Islam di Malaysia: Satu kajian kontemporari. Jurnal Pengajian Islam, 13(1), 77–90.

Meerangani, K. A. (2020). Cabaran dakwah dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Jurnal Pengajian Islam, 13(2), 67–80.

Mohd Roslan Mohd Nor. (2014). Dakwah dan hubungan antara agama di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 40(1), 1–20.

Muhammad Arif Yahya, & Muhammad Haikal Mohd Hedzir. (2020). Pendekatan dakwah berasaskan nilai sejagat dalam masyarakat majmuk. Jurnal Dakwah Malaysia, 14(2), 33–50.

Osman, K. (2016). Komunikasi dakwah dan hubungan antara agama dalam masyarakat majmuk. Jurnal Komunikasi Islam, 6(2), 89–104.

Rahman, N. A. (2017). Challenges in da’wah delivery among non-Muslims in Malaysia. International Journal of Islamic Thought, 11(1), 55–66.

Rahman, N. A., et al. (2021). Da’wah fatigue among Islamic preachers: Emotional and psychological challenges. Journal of Islamic Studies, 15(2), 101–115.

Richey, R. C., & Klein, J. D. (2007). Design and development research: Methods, strategies, and issues. Lawrence Erlbaum Associates.

Richey, R. C., Klein, J. D., & Nelson, W. A. (2004). Developmental research: Studies of instructional design and development. In D. H. Jonassen (Ed.), Handbook of research on educational communications and technology (2nd ed., pp. 1099–1130). Lawrence Erlbaum Associates.

Shadish, W. R., Cook, T. D., & Campbell, D. T. (2002). Experimental and quasi-experimental designs for generalized causal inference. Houghton Mifflin.

Sudin, N. S., & Osman, K. (2022). Hubungan antara agama dan pendekatan dakwah dalam masyarakat majmuk. Jurnal Dakwah Malaysia, 16(1), 12–28.

Wan Sabri Wan Yusof, & Arfah Ab Majid. (2012). Inter-religious dialogue models in Malaysia. Global Journal Al-Thaqafah, 2(1), 1–12.

Downloads

Published

30-04-2026

How to Cite

Noor Alia Shafiqah Mohd Faisal, Abd Majid, M., & Muhammad Yusuf Marlon Abdullah. (2026). Keperluan Pembangunan Garis Panduan Pelaksanaan Dakwah Kepada Non-Muslim Di Malaysia: Analisis Empirik Berasaskan Pengalaman Pendakwah: The Need for Developing Guidelines for the Implementation of Da‘wah to Non-Muslims in Malaysia: An Empirical Analysis Based on the Experiences of Da‘wah Practitioners. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 13(1), 134–147. https://doi.org/10.53840/e-jpi.v13i1.356

Issue

Section

Articles

Similar Articles

<< < 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.