Keberkesanan Strategi Perhubungan Awam terhadap Ekuiti Jenama: Perspektif Warga Tentera Udara Diraja Malaysia
Effectiveness of Public Relations Strategies on Brand Equity: Perspectives of Royal Malaysian Air Force Personnel
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejpi.v12i3.250Keywords:
Ekuiti Jenama, Kesedaran Jenama, Asosiasi Jenama, Tanggapan Kualiti, Kesetiaan JenamaAbstract
Kajian ini meneliti keberkesanan perkhidmatan perhubungan awam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berdasarkan ekuiti jenama dari perspektif warga TUDM sendiri. Tumpuan diberikan kepada pengukuran tahap kesedaran jenama, asosiasi jenama, tanggapan kualiti, dan kesetiaan jenama dalam kalangan warga kerja TUDM dalam usaha membentuk ekuiti jenama organisasi. Tinjauan kuantitatif telah dilaksanakan melibatkan 600 responden dari empat lokasi utama TUDM – merangkumi Markas TUDM (peringkat strategik) dan tiga pangkalan TUDM (peringkat operasi/taktikal). Responden dipilih secara persampelan rawak mudah, dan soal selidik diedarkan secara fizikal kepada kumpulan sasar. Dapatan kajian menunjukkan jurang yang ketara bagi setiap dimensi ekuiti jenama antara dua kumpulan tersebut (strategik vs. operasi/taktikal). Secara spesifik, kumpulan pegawai di Markas TUDM mencatatkan skor lebih tinggi bagi kesedaran, asosiasi, tanggapan kualiti dan kesetiaan jenama berbanding anggota di pangkalan. Hal ini mencerminkan perbezaan pemahaman warga TUDM tentang keberkesanan aktiviti komunikasi strategik yang dijalankan oleh Bahagian Perhubungan Awam TUDM mengikut peringkat dan lokasi tugas, di mana faktor-faktor seperti tahap jawatan, lokasi bertugas, pemahaman strategi, kadar penerimaan informasi dan tingkah laku mempengaruhi persepsi mereka. Oleh itu, kajian ini merumuskan bahawa strategi komunikasi korporat yang lebih berkesan – dengan memberi fokus pada pemilihan platform dan jenis komunikasi yang sesuai – amat diperlukan untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan warga TUDM tentang organisasinya, sekaligus memupuk kesetiaan serta imej positif TUDM secara menyeluruh.
Downloads
References
Aaker, D. A. (1991). Managing brand equity: Capitalizing on the value of a brand name. New York, NY: The Free Press.
Aaker, D. A. (1996). Building strong brands. New York, NY: The Free Press.
Ashforth, B. E., & Mael, F. (1989). Social identity theory and the organization. Academy of Management Review, 14(1), 20–39.
Balakrishnan, K. S. (2009). National security and defense: Malaysian armed forces’ roles and capabilities. Kuala Lumpur: Ministry of Defence Malaysia.
Bouckaert, G., & Van de Walle, S. (2003). Quality of public service delivery and trust in government. In Governing networks. Amsterdam: IOS Press.
Cardy, R. L., Miller, J. S., & Ellis, A. D. (2007). Employee equity: Toward a person-based approach to HRM. Human Resource Management Review, 17(2), 140–151.
Chen, H. L. (2007). Gray marketing and its impacts on brand equity. Journal of Product & Brand Management, 16(4), 247–256.
Christensen, M., & Skaerbaek, P. (2007). Framing and overflowing of public sector accountability innovations: A comparative study of reporting practices. Accounting, Auditing & Accountability Journal, 20(1), 101–132.
Christodoulides, G., & De Chernatony, L. (2010). Consumer-based brand equity conceptualisation and measurement: A literature review. International Journal of Market Research, 52(1), 43–66.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill Education.
Daud, N. (2010). Investigating the relationship between quality of work life and organizational commitment amongst employees in Malaysian firms. International Journal of Business and Management, 5(10), 75–82.
Faten Aisyah Ahmad Ramli, & Muhammad Faizal Samat. (2018). Factors contributing to effectiveness in public relation practices. Proceedings of the International Conference on Media and Communication, Terengganu, Malaysia.
Gamon, M. D. (1991). Employee loyalty and commitment: A management strategy. Public Personnel Management, 20(2), 167–176.
Haja Mydin, A. K., Noor, S., Hashim, N., & Siarap, K. (2014). Pembinaan metriks ekuiti jenama universiti. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 30(1), 1–21.
Keller, K. L. (2001). Building customer-based brand equity: A blueprint for creating strong brands. Cambridge, MA: Marketing Science Institute.
Keller, K. L. (2003). Strategic brand management: Building, measuring, and managing brand equity (2nd ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
Norliza Omar, & Muhammad Pauzi Abdul Latif. (2011). Keberkesanan kempen perhubungan awam (PR) dalam mempromosikan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Proceedings of the National Conference on Corporate Communication, Kuala Lumpur, Malaysia.
Salminen, A., & Ikola-Norrbacka, R. (2010). Trust, good governance and unethical actions in Finnish public administration. International Journal of Public Sector Management, 23(7), 647–668.
Saadon Awang, S. (2021). Dinamik hubungan manusia dalam organisasi. Sintok: UUM Press.
SM Noor, KA Manan & HMA Kuthoos, (2019). Assessing Corporate Brand Equity of Public Universities. Malaysian Journal of Communication, 35(3). 283-299.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.










