Nasyid Sebagai Wasilah Dakwah dalam Kalangan Masyarakat Kontemporari
Keywords:
nasyid, wasilah dakwah, masyarakatAbstract
Entertainment in the form of music and singing is synonymous with the lifestyle of contemporary society today. Realizing the tendency of today's society to love entertainment, it needs to be guided by the correct and accurate filling in the face of the current rampant hedonism. This is because the secular influence that is increasingly spreading into the art of music today causes it to be enjoyed solely to entertain, rejoice, release lust, and want to be free from the clutches of religion. Starting from that, nasheed is seen as an alternative entertainment to various levels of society in appreciating the art of music and singing by the Islamic path. Thus, this study aims to analyze the concept of nasheed as a mediator of da'wah and its role in strengthening the appreciation of religion which includes aspects of faith, worship, and morality by using the method of content analysis and research results in the form of books, journals, and papers. Besides, content and thematic analysis of the songs of nasheed groups in Malaysia are also used in this study. The results of the study found that nasheed is a mediator of da'wah that can educate the community to better understand and appreciate the teachings of Islam in life. Thus, nasheed is seen as one of the factors that contribute to the development of da'wah today that requires a variety of approaches that are appropriate for the target group.
ABSTRAK
Hiburan berbentuk muzik dan nyayian adalah sinonim dengan gaya hidup masyarakat kontemporari pada masa kini. Menyedari kecenderungan masyarakat pada hari ini yang gemar kepada hiburan, maka ia perlu dipandu dengan pengisian yang betul dan tepat dalam mengharungi arus hedonisme yang terus berleluasa. Hal ini kerana pengaruh sekular yang semakin menular ke dalam seni muzik hari ini menyebabkan ia dinikmati semata-mata untuk berhibur, bersuka ria, melepaskan hawa nafsu dan ingin bebas daripada kongkongan agama. Bertitik tolak daripada itu, nasyid dilihat sebagai hiburan alternatif kepada pelbagai peringkat lapisan masyarakat di dalam menghayati seni muzik dan nyanyian yang bersesuaian dengan landasan syarak. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis konsep nasyid sebagai wasilah dakwah dan peranannya dalam mengukuhkan penghayatan agama yang merangkumi aspek akidah, ibadah dan akhlak dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan hasil kajian dalam bentuk buku, jurnal dan kertas kerja. Di samping itu, analisis kandungan dan tematik terhadap lagu kumpulan-kumpulan nasyid di Malaysia turut digunakan di dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa nasyid merupakan wasilah dakwah yang mampu mendidik masyarakat untuk lebih memahami dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan. Justeru, nasyid dilihat sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada perkembangan dakwah pada hari ini yang memerlukan kepada kepelbagaian pendekatan yang bersesuaian dengan golongan sasaran.
Downloads
References
Ab. Aziz Mohd Zin. (2001). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Abdulhamid Mohamed Ali Zaroum, Mohd. Abbas Abdul Razak, & Abdul Latif Abd. Razak. (2018). Creativity in Islamic Entertainment: A Case Study of Malaysian Nashid Groups (Rabbani, Raihan and Hijjaz). Jurnal of Islam in Asia, 15(2), 500-519.
Ahmad Sharifuddin Mustapha & Mohd Zain Mubarak. (2006). Dakwah Melalui Muzik Dan Nyanyian: Suatu Perbincangan. Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian. Anjuran Jabatan Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam UKM
Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohammad. (1994). Muzik Dan Nyanyian Tradisi Melayu.
Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Eri Satria Sanusi, & Roslan Mohamed. (2017). Analisis Terhadap Peranan Nasyid Dalam Dakwah. Jurnal Ilmiah Islam Futura, 16(2), 227–242. https://doi.org/10.22373/jiif.v16i2.1329
Farid Mat Zain. (2006). Dari Padang Pasir Kepada Pop Kontemporari: Akar Umbi Nasyid di Malaysia. Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian. Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Fitri Yanti. (2016). Komunikasi Dakwah dalam Kesenian Nasyid. Al-Mishbah, 12(2), 211– 231.
Isyah Radhiah Idris & Siti Rugayah Tibek. (t.t). Nasyid Sebagai Wasilah Dakwah: Sumbangan Kumpulan Raihan.
Idris Zakaria. (2006). Falsafah Seni Muzik Islam Dan Hubungannya Dengan Bina Insan. Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian. Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jaffary Awang. (2006). Perkembangan Nasyid dan Penataran Nilai Islam di Malaysia. Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian. Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jamalia Aurani, Ahmad Termizi Ab Lateh, Noor Azura Zainuddin, Siti Fatimah Sudin, Che Latifah Ismail, Raihaniah Zakaria, Sharipah Isa & Azri Bhari. (2014). Asas-Asas Pandangan Hidup Islam. Perlis: Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Perlis.
Masuriyati Yahya, & Che Zarrina Sa’ari. (2016). Program Zikrullah Dan Aktiviti Kerohanian Asas Pembangunan Spiritual Golongan Belia Perlu Perhatian ( PP ) Dalam Merealisasikan Gagasan Negara Zikir Brunei Darussalam. Global Journal Al Thaqafah, 6(1), 101–112.
Mohamad Kamil Ab. Majid & Muhammed Yusof. (2006). Islamisasi seni muzik sebagai hiburan alternatif: Satu analisis dari perspektif pendekatan dakwah. Seminar Serantau Dakwah dan Kesenian. Anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammed Yusof. (2012). Nasyid Di Radio Dakwah: Kajian Terhadap Nasyid Di Radio IKIM.fm. Tesis Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Muhammed Yusof. (2013). Dakwah melalui muzik edutainment: Tumpuan terhadap nasyid di Malaysia. Seminar Antarabangsa Dakwah dan Pembangunan Insan. Anjuran Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya
Mohd Asri Che Ibrahim & Shukeri Mohamad. (2018). Pelaksanaan Dasar Kesenian Di Negeri Kelantan Dari Tahun 1990 Hingga 2015: Analisis Menurut Siasah Syar‘Iyyah, Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, Vol. 17.
Mohd Azam Sulung. (2015). Analisis Melodi dan Seni Kata Lagu Terbaik Industri Muzik Malaysia, Indonesia dan Singapura Tahun 2013. Malaysian Music Journal, 4 (2),
Mujani Tarimin & Fairuz el-Basri. (2004). Pembentukan Generasi Melalui Seni. International
Seminar on Islamic Thoughts Proceedings. Anjuran Department of Theology and Philosophy, Faculty of Islamic Studies Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Sakinah Sabari. (2018). Retorik Pembujukan Dakwah Dalam Lagu Nasyid: Kajian Terhadap Lagu Opick Dan Hafiz Hamidun. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Shaipuddin Muhammad. (2009). Peranan Teknik Vokal Dalam Persembahan Nasyid Kontemporari di Sekolah. Disertasi Ijazah Sarjana Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2020 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.










