Menjana Literasi Politik Belia Melalui Media Sosial: Satu Analisis
Fostering Youth Political Literacy through Social Media: An Analysis
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejpi.v12i4.297Abstract
Media sosial adalah sebuah medium perantara yang berperanan dalam menyampaikan informasi terkini kepada seluruh masyarakat tanpa mengira apa jua fahaman politik, taraf ekonomi, status sosial dan pelbagai lagi. Liputan berita serta kandungan isu yang dibincangkan menerusi media sosial sedikit sebanyak memberi implikasi kepada corak pemikiran masyarakat. Dalam era digitalisasi yang pesat berkembang kontemporari ini, media sosial telah menjadi platform utama bagi golongan muda untuk memperolehi maklumat, berinteraksi dan mengembangkan kesedaran politik. Artikel ini bertujuan untuk meneliti peranan media sosial dalam mempengaruhi pemahaman politik belia, partisipasi dalam diskusi politik dan pembentukan sikap serta persepsi terhadap isu-isu semasa. Data kajian dikumpulkan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan kajian menunjukkan bahawa media sosial memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan literasi politik dalam kalangan belia, memperluas akses kepada informasi politik dan mendorong keterlibatan mereka dalam proses politik. Walaupun terdapat risiko penyebaran maklumat palsu dan polarisasi pendapat, manfaat pendidikan politik melalui media sosial tetap penting dan telah memberikan impak yang besar terhadap kehidupan belia dan secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia. Kajian ini menyarankan agar inisiatif pendidikan politik di Malaysia lebih memanfaatkan media sosial untuk mendekati belia di samping mengembangkan strategi untuk mengatasi cabaran yang timbul.
Kata kunci: Belia; Literasi Politik; Politik Digital; Media Sosial; Malaysia
Downloads
References
Ahmad, F., & Salman, A. (2015). Partisipasi Politik Belia Secara ‘Online’ Melalui Ruang Demokrasi Maklumat Media Baru. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 31(1), 81-100.
Bahari A. (1995). Pergerakan Belia: Persoalan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.
Berita Harian. (2019). Kadar Penembusan Media Sosial Malaysia Tertinggi di Asia Tenggara. Diakses pada 03 Julai 2024 dari https://www.bharian.com.my/bisnes/lainlain/2019/01/526175/kadar-penembusan-media sosial-malaysia-tertinggi-di-asiatenggara.
Berita Harian. (2021). Undi 18 Matangkan Fikiran Golongan Muda - MBM. Diakses pada 02 Julai 2024 dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/812607/undi-18- matangkan-fikiran-golongan-muda-mbm
Besar, J. A., Jali, M. F. M., Ibrahim, Y., Sidek, A. H., Amir, J., Fauzi, R., & Lyndon, N. (2012). Persepsi Politik Pengundi Belia Melayu Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di Malaysia. Jurnal Melayu, 9. 191-214
Besar, J. A., Jali, M. F. M., Ibrahim, Y, Ismail K., Sidek A.H & Mohd Awal N.A (2012). Persepsi Belia terhadap Isu Politik dan Dasar Kerajaan Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 7(12): 136-156.
Cassel, Carol A., & Celia C. Lo. (1997). Theories of Political Literacy. Political Behavior. 19(4), 31–35.
Hamid Z. & Zulkifley M.A. (2014). Membina Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Holistik dalam Kalangan Pelajar Menggunakan Modul Edward De Bono. Journal of Social Science and Humanities, 9 (2): 01-13.
Holt, K., Shehata, A., Strömbäck, J. & Ljungberg, E. 2013. Age and the Effects of News Media Attention and Social Media use on Political Interest and Participation: Do Social Media Function as leveller?. European Journal of Communication. 28(1):19–34
Kaplan, A. M., & Haenlein, M. 2010. Users of the World, Unite! The Challenges and Opportunities of Social Media. Business Horizons, 53(1), 59-68.
Mohamad Sani M.U & Saad S. (2018). Perlaksanaan dan Cabaran Penglibatan Belia Dalam Parlimen Belia Malaysia. Journal of Social Science and Humanities,13 (1): 1-17.
Mohd Sufiean, H., Maizatul Haizan, M., & Siti Nurshahidah, S. A. (2020). Analisis Psikometrik Literasi Media Baharu dan Pemantapan Integriti Penyertaan Politik Golongan Muda. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 36(2), 143–166.
Niemi, R. G., & Junn, J. (1998). Civic Education: What Makes Students Learn. Yale University Press.
Othman I.M, Yusoff M.S, Mohd Shah M.K, Esa M.S, Ationg R., Ibrahim M.A dan Abdullah A.Z (2021). Maslahat Literasi Pendidikan Politik Simbiosis Golongan Belia dalam Mendepani Perubahan Lanskap Kepimpinan Negara. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6 (38). 82–104.
Shan G.P. & Noor Sulastry Yurni Ahmad N.S.Y. (2015). Pengaruh Media Massa ke atas Penglibatan Politik Belia Cina. Malaysia Journal of Youth Studies. 63–89.
Shaari, S. S., Besar, J. A., & Jali, M. F. M. (2017). Analisis Keberkesanan Subjek Hubungan Etnik sebagai Pencetus Literasi Politik: Kajian ke atas Mahasiswa UNIKL MIIT. Jurnal E-Bangi, 14(6).
Sudin M.N, Mat Jali M.J, Besar J.A & Abdul Rahim M. (2017). TN50 Generasi Muda: Suara Kepimpinan Masa Hadapan. The International Seminar on Islam, Culture and Heritage: Socio-Political and Economic Issues, Universiti Utara Malaysia. 177
Syed, M. A. M., Noor, S. Y. A., & Abidin, M. Z. Z. (2015). Penggunaan Kandungan Media dan Pembentukan Idea Politik dan Identiti Budaya Baharu dalam kalangan Belia Melayu. Malaysian Journal of Youth Studies, 187-205.
Zainon N., Hashim R. & Zulkifli N. (2017). Political Voice of Young Malaysians: Online Political Participation among University Students. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(8): 649–54.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.










