Penanda Elipsis dalam Cerpen dari Perspektif Stilistik

Elipsis Sign in Short Stories From Stilictic Perspective

Authors

  • Nadiatul Shakinah Abdul Rahman Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Morni Hussin Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Arbai’e Sujud Universiti Putra Malaysia (UPM)

Keywords:

Bukan Lisan; Cerpen; Elipsis; Lisan; Stilistik, Non Verbal; Short Story; Elipsis; Verbal; Stilistic

Abstract

Stilistik merupakan salah satu cabang ilmu yang berkait dengan bahasa. Bahasa adalah medium perantaraan yang digunakan bertujuan untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara manusia. Selain itu, bahasa juga merupakan alat luahan emosi, perasaan dan pemikiran manusia. Bahasa berperanan penting dalam dunia kesusasteraan Melayu. Keadaan ini dapat dibuktikan menerusi penggunaan dan pemilihan diksi dan gaya bahasa dalam karya sastera. Penggunaan elipsis iaitu pengguguran kata dan frasa juga turut dikesan dalam karya sastera. Elipsis dalam karya sastera digunakan untuk memperlihatkan gaya penulisan, mengurangkan jumlah perkataan dan memberi penekanan kepada maksud ayat. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan mengenal pasti dan menganalisis penanda elipsis yang tercermin di dalam cerpen terpilih. Cerpen seperti Kumpulan Cerpen Masitah karya Mawar Shafei, Kumpulan Cerpen Persimpangan Lebuh Raya karya Chacho Haji Bulah, Lelaki Tua dan Sebuah Kerusi karya Saifullizan Yahaya serta cerpen-cerpen dalam majalah Dewan Sastera, Dewan Agama dan Falsafah, Anis dan Dewan Siswa keluaran antara bulan Januari hingga Disember 2006 digunakan sebagai data kajian. Kertas kerja ini menggunakan kaedah analisis data dan pendekatan stilistik bagi mengukuhkan hujahan data kajian. Hasil kajian mendapati bahawa penanda elipsis dikesan menerusi pernyataan lisan (verbal) dalam dialog dan pernyataan bukan lisan (non-verbal) dalam ayat cerpen yang dikaji. Justeru, menerusi kajian ini dapat mengetengahkan dan merungkai persoalan mengenai penanda elipsis dalam karya sastera. Tambahan pula, kajian ini juga dapat menyampaikan ilmu berkaitan stilistik dan panduan kepada pengkaji yang lain agar kesinambungan kajian ini dapat diteruskan.

 

ABSTRACT

Stylistic is a part of knowledge that related to language. Language is a mediation that use for interaction and to communicate between humans. Besides, language is emotional, feeling and human being thinking tools. Language is the most important in world of Malay literature. This is can be proven through ‘using and election phrase’ and language style in literature masterpiece. The use of elipsis is words and phrases abortion also can be recognise in literature masterpiece. Elipsis in literture masterpiece is used to show the writing style, lessen the total words and to give confirmation to the meaning of the sentence. So, this paper will identify and analyse elipsis sign that was highlighted in chosen short stories. For example, Kumpulan Cerpen Masitah by Mawar Shafei, Kumpulan Cerpen Persimpangan Lebuh Raya by Chacho Haji Bulah, Lelaki Tua dan Sebuah Kerusi by Saifullizan Yahaya and short stories in Dewan Sastera, Dewan Agama dan Falsafah, Anis and Dewan Siswa magazines that released between January until December 2006 that used as research data. This paper apply data analysis method and stylistic approach to strengthen data research’s argument. The outcome research shows that elipsis sign can be detected through verbal statement in dialogue and non-verbal statement in short stories sentences that had been researched. Hence, through this research, elipsis sign issue in literature masterpiece can be highlighted and be solved. Furthermore, this research also can deliver knowledges related to stylistic and guide the other researchers can persue the research continuously.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Arba ie Sujud. (2007). Apresiasi Bahasa : Interpretasi & Ekspresi. Kuala Lumpur: Sarjana Press Sdn. Bhd.

Capman, R. (1973). Linguistic and Literature: An Introduction to literary Stylistics. London: Edward Arnold.

Chacho Haji Bulah. (2008). Kumpulan Cerpen Persimpangan Lebuh Raya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hirst, G. (1981). Anaphora in Natural Language Understanding: A Survey. New York: Springer.

Mawar Shafei. (2007). Kumpulan Cerpen Masitah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Murray, J.M. (1960). The Problem of Style. Oxford: Oxford University Press.

Saifullizan Yahaya. (2008). Kumpulan Cerpen Lelaki Tua dan Sebuah Kerusi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Radiah Yusoff. (2002, Disember). Elipsis dalam Tajuk Akhbar. Dewan Bahasa. 2(12), p. 48- 53.

Wong Khek Seng. (1993, April). Pautan dan Pembinaan Teks dalam Bahasa Melayu Satu Tinjauan Awal . Dewan Bahasa. 4(4), p. 306-313.

Published

29-04-2020

Issue

Section

Articles

How to Cite

Penanda Elipsis dalam Cerpen dari Perspektif Stilistik: Elipsis Sign in Short Stories From Stilictic Perspective. (2020). E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 7(1), 176-199. https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/155

Similar Articles

1-10 of 27

You may also start an advanced similarity search for this article.