Pendekatan Intervensi Murid Tercicir Bagi Subjek Jawi di Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor: Kajian Rintis
Intervention Approach for Dropout Pupils in Jawi Subjects in Selangor State Religious Primary Schools: A Pilot Study
DOI:
https://doi.org/10.53840/ejpi.v10i2.137Keywords:
Tercicir, Tulisan Jawi, Guru Pendidikan Islam, Sekolah Rendah AgamaAbstract
Tahun 2020 menyaksikan hampir semua sekolah dan universiti di seluruh dunia terpaksa ditutup bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Akibatnya hampir 91 peratus atau sekurang-kurangnya 1.6 billion murid di seluruh dunia tidak dapat mengikuti pembelajaran seperti biasa. Senario yang berlaku ini juga memberi implikasi yang merunsingkan kepada murid yang mempelajari subjek Jawi di sekolah-sekolah agama (SRA). Melalui tinjauan awal pengkaji menerusi temubual yang dijalankan guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) yang mengajar subjek ini mendapati bahawa sebahagian murid tidak dapat mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan baik. Ada sebahagiannya pula masih tidak mampu menulis huruf Alif, Ba, dan sebagainya dengan betul. Di samping itu, terdapat murid yang tidak boleh mengeja jawi dengan betul walaupun sudah berada di darjah 4 dan seterusnyanya ada sebahagian guru menyatakan bahawa terdapat murid yang akan mengambil Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) berada pada tahap yang sangat lemah dari aspek penguasaaan tulisan jawi. Kajian ini merupakan kajian rintis yang dilaksanakan menerusi sesi temubual terhadap dua orang guru subjek Jawi, SRA, JAIS yang mengajar subjek JAWI di dua buah sekolah yang berbeza. Data dianalisis menggunakan pendekatan tematik analisis. Dapatan kajian mendapati bahawa guru yang menggunakan beberapa pendekatan intervensi yang bertujuan untuk membantu murid yang tercicir ini dapat menguasai semula tulisan jawi setelah mereka tercicir dan terkesan dalam pembelajaran secara atas talian semasa pandemik COVID-19.
Downloads
References
Ahmad Zaki Amiruddin et.al. (2020). Kesediaan Pelajar Generasi Z Di Universiti Malaysia Kelantan Dalam Pembelajaran Teradun Bahasa Arab Era IR 4.0. Journal of Islamic Social Sciences and Humanities VOL. 22 (1) 2020: 86-95
Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (1998). Qualitative Research of Education: An Introduction to Theory and Method. Edisi ke-3. Boston: Allyn & Bacon.
Dey, I. (1993). Qualitative Data Analysis: A User-Friendly Guide for Social Scientists.London: Routledge.
Denzin, N. K. (1978). The Research Act: A Theoretical Introduction to Sociologist Methods. Chicago: Aldine.
Fadzliyah Hashim. (2020). Pengajan dan Pembelajaran dalam Taian dan Impaknya Terhadap Guru Novis Pendidikan Islam. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences. Volume 3, Issue 4, 2020: 151-162 © The Author(s) 2020 e-ISSN: 2600 9080.
Habib Mat Som & Syed Kamaruzzaman Syed Ali. (2016). Isu Dan cabaran Kompetensi Guru Pendidikan Islam Dalam Menghadapi Perubahan Kurikulum Di Malaysia. Seminar Antarabangsa Pemerkasaan Pendidikan Islam (Madrasah).
Marshall, C. & Rossman, G. B. (1995). Designing Qualitative. Edisi ke-2. Thousand Oak: Sage Publications, Inc.
Mohd Eezan Hamdzah & Shahlan. (2020). Pemupukan Minat Terhadap Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Personalia Pelajar 23(2): 103-109
Nor Azrul Mohd Zin, and Noordeyana Tambi. (2018). Faktor kemiskinan bandar terhadap pembangunan pendidikan golongan lewat kembang. Jurnal Psikologi Malaysia, 32 (3), pp. 119-130. ISSN 2289-8174
Nor Sahara Mesman, Zulkarnain Abd. Majid &Makmur Harun. (2022). Cabaran Dan Peranan Ibu Bapa Dalam Memperkasakan Pembelajaran Jawi Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan 4 (2), pp 9. ISSN: 2682-826X
Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. Edisi ke-2. Newbury Park, CA: Sage Publications.
Saiful Bahari Bin Abdul Rahman & Mazlan Bin Ibrahim. (2019). Tahap Dan Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan Jawi di kalangan Murid Tahun Enam Di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong At-Tahkim, Vol. 9. ISSN No. 2541-3856.
Yin, R. K. (1994). Case Study Research: Design and Methods. Edisi ke-2. Thounsand Oaks: Sage Publications, Inc.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.