e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi
E-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI (e-JPI) is an open access international scholarly journal published biannually by the Penerbit UIS. The scope and issues discussed are related to research and innovation covering various aspects of research namely; education, history, philosophy, leadership, administration, language, da’wah, politic, media and communication, economy, management, medicine, environment and last but not least science and technology.

Authors are invited to submit manuscripts that fall within the scope of the e-JPI. The articles published in e-JPI are going through a double-blind peer-review process. Hence, the decision on whether the scientific article is accepted or not, will be the Editorial Board’s right based on the peer reviewer's recommendation.

This e-Journal contains various articles in research and scientific activities that cover various disciplines using the medium of Malay, English and Arabic.

Publication Frequency

e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi (e-JPI) is published 2 times a year (April and September).
Penerbit UIS en-US e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi 2289-7909 Isu Antara Agama: Sorotan Awal Kemerosotan Toleransi Agama Malaysia https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/190
Toleransi merupakan kunci yang membentuk keharmonian dan perpaduan antara penganut antara agama. Namun begitu, timbulnya isu-isu antara agama boleh menjejaskan hubungan antara penganut agama jika tidak dibendung dengan lebih awal. Justeru, artikel ini bertujuan meneroka dan menganalisa apakah isu-isu antara agama yang dilaporkan dalam dapatan kajian yang lalu. Bagi mendapatkan data-data tersebut, kaedah kualitatif telah digunakan. Kaedah perpustakaan digunakan untuk mendapatkan dan meneliti bahan-bahan cetakan artikel ilmiah, tesis dan akhbar berkaitan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa dua isu utama yang menjadi jurang dalam usaha pemupukan semangat toleransi antara penganut agama di Malaysia ialah i) pendedahan media sosial dan politik semasa, ii) kurang pengetahuan terhadap agama yang dianuti dan kurang pendedahan terhadap agama-agama lain. Justeru, artikel ini mencadangkan agar isu-isu antara agama yang telah berlaku perlu diberi perhatian supaya ia boleh dibendung seawal mungkin oleh pihak yang berautoriti dan berkepentingan. Selain daripada itu, bagi mencapai kesepaduan yang lebih mendalam, perlu juga diselidiki bagaimana faktor-faktor sosial, ekonomi dan pendidikan boleh memainkan peranan dalam membentuk landskap toleransi agama dalam kalangan masyarakat pelbagai agama di negara ini. Usaha ini perlu menggembeling usaha secara kolektif dari semua pihak termasuk pemerintah, masyarakat sivil dan institusi agama.
Aemy Elyani Mat Zain Haslina Ibrahim Nazneen Ismail Safinah Ismail Nur Aisyah Abu Hassan Fatin Farzana Dass Meral Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2024-09-30 2024-09-30 11 2 1 14 10.53840/ejpi.v11i2.190 Challenges, Requirements and Strategies in Digital Business for MSMEs: A Systematic Literature Review https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/191
The current digital age is ushering in significant changes in how Micro, Small and Medium Enterprises (MSMEs) operate, particularly in competition and collaboration. This systematic literature review aims to examine the significance of Digital Business Entrepreneurs (DBEs) as drivers of collaborative value networks within Micro, Small and Medium Enterprises (MSMEs). This paper synthesizes a comprehensive understanding of the challenges, requirements, and strategies associated with DBEs in the context of MSMEs by analyzing 150 research journal articles. The research demonstrates that DBEs have emerged as a subject of considerable academic interest, eliciting various viewpoints regarding their consequences on MSMEs. The investigation encompasses various settings within MSMEs, introducing prospects and obstacles resulting from the incorporation of digital business entrepreneurs. The paper makes a valuable contribution to the literature by addressing this research gap regarding the transformative capacity of DBEs in the MSMEs sector. The literature review identifies eight strategies, nine challenges, and eight requirements for digital business entrepreneurs. These findings provide entrepreneurs and managers with actionable insights as they navigate the digital landscape. Furthermore, delineating five prospective research trends provides scholars with a strategic guide, ensuring sustained relevance in this ever-evolving domain. Practical challenges faced by administrators of MSMEs involved in digital business entrepreneurship are also emphasized, offering practical advice for making sound decisions. This extensive evaluation functions as a valuable asset for individuals involved in digital business entrepreneurship, scholars, and practitioners in the field. It promotes a nuanced understanding of digital business entrepreneurs' obstacles and prospects when operating within micro, small, and medium enterprises.
Faradillah Iqmar Omar Muhamad Fazil Ahmad Nur Syaheera Atan Suhaila Nadzri Nor Hafizah Abdullah Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2024-09-30 2024-09-30 11 2 15 32 10.53840/ejpi.v11i2.191 Kepentingan Bioinformatik Dalam Analisa Genomik Ke Arah Perubatan Jitu Untuk Covid-19 https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/99
Genomic medicine is the use of an individual's genomic information to benefit the decision making in clinical treatment procedures such as disease diagnosis, prognosis, and therapy. As a result, genomic medicine has implications in cancer, pharmacology, rare and unknown diseases, and infectious diseases. With the advent of high - resolution and rapid genetic testing, thousands of genes have been able to be identified in complex biological samples. Bioinformatics is a crucial step in dealing with big data that may represent a large number of genes or genetic information that are significant in medical and health sciences research. Consequently, bioinformatics has become an essential component of clinical laboratories for the creation, processing, preservation, and interpretation of data from molecular genetic testing. This article provides an overview of the bioinformatics ideas and aspects used in genomic testing. Furthermore, we explore the application of bioinformatics in cancer research, as well as the implications of bioinformatics for the COVID-19 pandemic. Integrating multidisciplinary knowledge is important for overcoming the challenges of acquiring bioinformatics data suited for genomic medicine.
Siti Norasikin Mohd Nafi Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2024-09-30 2024-09-30 11 2 33 42 10.53840/ejpi.v11i2.99 The Effects of Strategy Formulation on Organisational Performance: Evidence from the Malaysian Local Authorities https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/180
This study examines the effects of strategy formulation on the performance of Malaysian local authorities (LAs). Strategy formulation, which is the independent variable, is presented in the forms of its four elements, which are mission, objective, strategy, and policy. On the other hand, efficiency is measured as the proxy for performance, which is the dependent variable. Data were collected using self-administered questionnaires. PLS-SEM was employed to analyse the data and test the hypotheses. This technique is justified due to its aptness for small sample sizes. The measurement model analysis revealed that the data had achieved validity, reliability and goodness-of-fit. The results of the structural model analysis suggested that mission significantly influences the performance of the Malaysian LAs. However, objective, strategy, and policy did not significantly affect performance. The findings are explained from the perspective of the contingency theory. The managerial implications of the findings are discussed and the agenda for future research are also proposed.
Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin Mazilan Musa Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2024-09-30 2024-09-30 11 2 43 68 10.53840/ejpi.v11i2.180 Memperkasa Keluarga Dan Komuniti: Strategi Bersepadu Kerajaan Malaysia Ke Arah Kehidupan Norma Baharu https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/198
Pandemik COVID-19 telah memberikan cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini dan mengubah kehidupan harian merentasi pelbagai dimensi. Malaysia turut mengalami gelombang jangkitan ini sehingga mendorong kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menghadkan penularannya. Walaupun ia berkesan dalam mengawal wabak, namun ia memberi kesan kepada ekonomi dan sosial yang mendalam. Kertas kerja ini meneroka pandangan kerajaan melalui beberapa kementerian terhadap kehidupan norma baharu selepas pandemik ini. Kerjasama pelbagai kementerian adalah perlu kerana memudahkan respons komprehensif yang menangani bukan sahaja kebimbangan kesihatan tetapi juga cabaran ekonomi dan sosial. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai pakej rangsangan dan langkah bantuan untuk menyokong keluarga semasa peralihan kepada fasa endemik. Kementerian Pendidikan berkoordinasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan protokol keselamatan di sekolah dan memudahkan peralihan kepada pembelajaran dalam talian semasa penutupan sekolah. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai pakej rangsangan dan langkah bantuan untuk menyokong keluarga semasa peralihan kepada fasa endemik. Kementerian Komunikasi dan Digital bekerjasama dengan KKM untuk menyebarkan maklumat tepat tentang COVID-19, langkah kesihatan awam dan kempen vaksinasi, membantu memerangi maklumat palsu dan memastikan pematuhan orang awam. Pandemik COVID-19 tidak dinafikan telah membentuk semula pemahaman dan pendekatan kita terhadap keselamatan dan kesihatan. Norma baharu yang telah muncul menekankan sokongan, pengurusan, nilai dan kesedaran, keprihatinan, kesiapsiagaan dan keterangkuman digital agar berdaya tahan dalam kedua-dua sfera peribadi dan awam. Pandemik COVID-19 secara asasnya telah mengubah pelbagai aspek kehidupan yang komprehensif untuk menyokong pemulihan ekonomi dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan mental, memastikan keluarga dapat bertahan dan pulih daripada pelbagai kesan pandemik.
Nor Adha Abd Hamid Norziah Othman Nurkaliza Khalid Nur Zulfah Md Abdul Salam Mohd Farok Mat Nor Muhammad Naqib Sahrani Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2024-09-30 2024-09-30 11 2 69 82 10.53840/ejpi.v11i2.198 Masalah dalam Terjemahan Majāz Mursal al-Quran: Analisis Terhadap Hubungan Ĩtibār mā sayakūn https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/176
Majāz mursal is one of al-Majāz's styles in Arabic rhetoric sciences. It contains an implicit or implied meaning that is not explicitly stated. The literal approach will lead to the loss of the implicit meaning in majāz mursal. Therefore, this study aims to compare the approach used by several translation texts in the translation of synecdoche in Quranic discourse specific to the relationship of the event that will occur (ĩtibār mā sayakūn) to see the equivalence of the actual meaning found in the Quran with the target text. This study is qualitative library research for adopting content analysis methods and purposive sampling techniques. This study's primary data source was collected from al-Burhān fĩ 'Ulum al-Quran. Four translation texts of the Quran by Hidayah House of Quran, Karya Bestari, Abdullah Basmeih, and Yayasan Restu are used as a corpus to examine the approaches of translation used by the four texts. Data analysis of the selected translation is based on the theory of explicitation introduced by Vinay & Darbelnet (1995) and the explicitation technique presented by Murtisari (2016). To measure the accuracy and compatibility of resource language messages with the target language, interpretation of the book of tafsĩr are referred to, such as al-Kashshāf by Al-Zamakhsyarĩ, al-Jalālain by Al-Suyūti, An'war At-Tanzĩl wa Asrāru At-Ta'wĩl by Baydhāwi, Al-Tashĩl lĩ 'Ulum al-Tanzĩl by Ibn Juzayy, al-Tahrĩr Wa Tanwĩr by Ibn' Asyur, Jami'ul Bayān by Al-Tabarĩ, Fĩ Zilāl al-Quran by Syed Qutb and Tafsĩr al-Munĩr by Wahbah Zuhailĩ. This study shows that two (2) of the five (5) (data) have shown the use of applying the explicitation strategy. It can reveal the implicit meaning that exists in the language style of majāz mursal from the relationship related to things that will happen (ĩtibar mā sayakūn) compared to the literal translation method.
Noor Maizaitun Zainuddin Nasimah Hj. Abdullah Saifulah Samsudin Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2024-09-30 2024-09-30 11 2 83 99 10.53840/ejpi.v11i2.176 Chatbot AI GPT: Transformasi Pengajaran Falsafah dan Isu Semasa Era Digital https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/185
Dalam era digital yang pesat membangun, kecerdasan buatan (AI) membuka dimensi baharu dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Walau bagaimanapun, pemanfaatan elemen AI dalam pengajaran mata pelajaran umum (MPU) di universiti seperti Falsafah dan Isu Semasa masih terhad. Kaedah pengajaran tradisional yang diamalkan didapati kurang berkesan untuk menarik minat generasi digital yang lebih cenderung kepada rangsangan visual dan interaktif. Justeru, kajian ini dijalankan bagi meneroka potensi penggunaan chatbot AI Generative Pre-trained Transformer (GPT) dalam memperkayakan proses pengajaran Falsafah dan Isu Semasa kepada golongan pelajar generasi digital. Kajian ini membangunkan dan mengimplementasikan chatbot Sophia AI, sebuah inovasi berasaskan teknologi GPT, yang direka khusus untuk pengajaran Falsafah dan Isu Semasa. Hasil kajian menunjukkan bahawa Sophia AI berupaya menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan disesuaikan mengikut keperluan individu, memudahkan pemahaman konsep abstrak menerusi dialog yang responsif dan intuitif, serta selari dengan kecenderungan pembelajaran golongan pelajar generasi digital. Dapatan kajian ini penting dalam usaha merangka strategi pengajaran yang lebih berkesan, bukan sahaja untuk meningkatkan tahap pemahaman pelajar terhadap Falsafah dan Isu Semasa, bahkan turut melengkapkan mereka dengan kemahiran berfikir secara kritis yang amat diperlukan dalam era digital. Kajian ini menggariskan potensi pemanfaatan AI dalam memformulasikan pendekatan pengajaran inovatif yang menepati keperluan dan gaya pembelajaran pelajar kontemporari, sambil membuka ruang untuk penyelidikan lanjut mengenai keberkesanan jangka panjang integrasi AI dalam pendidikan tinggi.
Jahidih Saili Masnih Mustapa Siti Saidatulakmal Arishin Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2024-09-30 2024-09-30 11 2 100 115 10.53840/ejpi.v11i2.185 A Study on Mathematics Learning Strategies Among Pre-University Students https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/186
Mathematics is a fundamental subject for everyday problem-solving until advanced scientific research. However, for many students, Mathematics can be a challenging subject. To effectively learn and master mathematical concepts, it is essential to apply effective learning strategies. Therefore, this research aims to analyze students’ learning strategies in Mathematics. The study employed a quantitative research design with a structured questionnaire as the primary data collection instrument. The questionnaire is divided into two main parts: Part A (Demographic Profile) and Part B (Learning Strategies). Part B has three components: cognitive, metacognitive self-regulation, and resource management. A 5-point Likert scale: never, rarely, sometimes, very often, and always was used to investigate students’ frequency in using specific learning strategies. About 198 respondents from the Science and Engineering Programme in the Centre of Foundation Studies, UiTM responded to the survey. The study used descriptive analysis to analyze the data gathered. The results show that the students utilized cognitive strategy in learning Mathematics, whereby students rehearse, organize, elaborate, and apply critical thinking. The respondents were aware of metacognitive strategies and could manage available resources in learning Mathematics. The study benefits students, educators, and the Ministry of Higher Education to improve the quality of learning and education in Mathematics, especially at the higher education level.
Norashikin Kaharudin Nor Hafizah A Hamid Nur Mazliyana Zainuddin Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2024-09-30 2024-09-30 11 2 116 131 10.53840/ejpi.v11i2.186 Pengamalan Ilmu Keibubapaan Dalam Kalangan Ibu Bapa Muslim di Malaysia https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/201
Ilmu keibubapaan merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Penguasaan ilmu keibubapaan yang baik mempunyai hubungan yang signifikan dengan ikatan hubungan kekeluargaan. Ibu bapa Muslim di Malaysia sebagai pemimpin keluarga perlu mengamalkan keibubapaan yang bersesuaian dengan latar belakang agama Islam dan budaya setempat. Ia menjadi suatu cabaran apabila ibu bapa tidak tahu bagaimana untuk mendepani anak-anak terutamanya semasa mereka berada dalam fasa remaja. Pengamalan keibubapaan yang tidak berstrategi akan menyebabkan kesan dalam pembentukan remaja. Oleh yang demikian, kajian ini ingin mengenal pasti pengamalan ilmu keibubapaan dalam kalangan ibu bapa Muslim di Malaysia. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan reka bentuk temubual separa berstruktur ke atas 20 orang ibu bapa Muslim di zon Utara, Selatan, Timur dan Barat Semenanjung Malaysia. Proses penganalisisan data secara tematik pula dijalankan menggunakan perisian Atlas.ti 23. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat empat elemen pengamalan keibubapaan dalam kalangan ibu bapa Muslim di Malaysia iaitu sentiasa menambah ilmu, menjalankan gaya keibubapaan yang berbeza dengan generasi sebelumnya, mendapatkan nasihat pakar tentang masalah keluarga dan kurang membuat persediaan. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan rujukan dan sumbangan dalam menambahbaik penguasaan ilmu keibubapaan khususnya di Malaysia.
Safinah Ismail Abdul Wahab Md. Ali Mariam Abd Majid Abur Hamdi Usman Rosmawati Mohamad Rasit Zulkefli Aini Siti Khaulah Mohd Hamzah Murghayah Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2024-09-30 2024-09-30 11 2 132 145 10.53840/ejpi.v11i2.201 Potensi Penggunaan Aplikasi Mudah Alih dalam Pengajaran Terjemahan Kinayah al-Quran kepada Bahasa Melayu https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/188
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menjadikan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran adalah sangat signifikan. Hal ini adalah kerana penggunaan teknologi mampu mewujudkan pengalaman baharu yang lebih menyeronokkan dan menarik dalam proses pembelajaran. Namun begitu, timbul persoalan tentang kesediaan tenaga pengajar itu sendiri dalam usaha memanfaatkan pendekatan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, selain masalah keberadaan bahan bantu mengajar yang bersifat teknologi yang boleh menyokong tenaga pengajar ke arah penggunaan teknologi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau potensi penggunaan aplikasi mudah alih di kalangan tenaga pengajar sebagai bahan bantu mengajar bagi subjek balaghah. Kajian ini hanya memfokuskan pengajaran terjemahan kinayah al-Quran kepada bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan metode kualitatif melalui temubual bersama lima (5) orang tenaga pengajar subjek balaghah di dua (2) institusi iaitu Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Hasil temubual menunjukkan bahawa tenaga pengajar memberikan maklum balas positif bukan sahaja dari segi kesediaan mereka mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP), malah juga dari segi sokongan kepada keberadaan aplikasi mudah alih itu sendiri sebagai bahan bantu mengajar bagi terjemahan kinayah al-Quran. Oleh itu, kajian yang menjurus kepada penginovasian dalam pengajaran dan pembelajaran subjek balaghah perlu diusahakan agar boleh menyediakan alternatif kepada bahan bantu mengajar yang bersifat teknologi, selain boleh meningkatkan penguasaan pelajar terhadap subjek balaghah umumnya dan tajuk kinayah khususnya.

Nasimah Abdullah Lubna Abd. Rahman Saifulah Samsudin Naqibah Mansor Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2024-09-30 2024-09-30 11 2 146 164 10.53840/ejpi.v11i2.188 Pengaruh Faktor Latar Belakang Terhadap Sikap Pengguna Muslim Dalam Pembelian Produk Kosmetik Halal https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/183
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor-faktor latar belakang terhadap sikap pengguna Muslim dalam pembelian produk kosmetik Halal di Selangor. Terdapat empat faktor latar belakang yang dikaji dalam kajian ini iaitu umur, taraf perkahwinan, tahap Pendidikan dan pendapatan pengguna yang bertindak sebagai variabel tidak bersandar serta dua komponen sikap pengguna iaitu kognitif dan afektif sebagai variabel bersandar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana 250 borang soal selidik telah diedarkan melalui platform google form kepada responden. Namun begitu setelah menjalankan proses pemilihan hanya 201 respon diambilkira sah untuk kajian ini. Analisis data dibuat dengan menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 24.0 dan dianalisis menggunakan analisis deskriptif, dan MANOVA. Hasil kajian menunjukkan faktor umur dan status perkahwinan dan tahap pendidikan mempengaruhi sikap pengguna muslim terhadap pembelian produk kosmetik halal manakala faktor pendapatan tidak mempengaruhi sikap mereka. Kajian ini seterusnya merumuskan bahawa sikap pengguna terhadap pembelian produk kosmetik halal dipengaruhi oleh faktor umur. Tahap umur yang berbeza akan memberi perbezaan terhadap sikap pengguna sama ada mengambil berat atau tidak terhadap kepentingan mengutamakan produk kosmetik halal dalam pembelian mereka. Kajian ini juga mencadangkan agar kajian lanjutan dilakukan ke atas faktor-faktor lain seperti jantina, bangsa, pemilihan jenama serta tempat tinggal pengguna sama ada di bandar atau luar bandar.
Junainah Idris Fadilah Mat Nor Aza Shahnaz Azman Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2024-09-30 2024-09-30 11 2 165 176 10.53840/ejpi.v11i2.183 Transforming Performance: The Significance of Transformational Leadership https://ejpi.uis.edu.my/index.php/ejpi/article/view/200
In the contemporary organizational landscape, effective leadership is essential for fostering employee enthusiasm, engagement, and performance. This research aims to investigate the dynamic relationship between transformational leadership and job performance from the employees' perspective. Transformational leadership, characterized by its ability to inspire and empower employees towards shared goals, contrasts with transactional styles by emphasizing idealized influence, inspirational motivation, intellectual stimulation, and individualized consideration. Using a quantitative approach, data was collected through questionnaires distributed to employees across various departments in a company located in Bandar Baru Bangi. The survey focused on the four key dimensions of transformational leadership and their impact on employee performance. The results were analyzed using Pearson correlation, indicate significant positive correlations between all dimensions of transformational leadership and employee performance. The findings emphasize the importance of transformational leadership in enhancing employee performance. Leaders who demonstrate charismatic behavior, inspire with a compelling vision, provide personalized support, and stimulate creativity can significantly improve employee performance. This study provides valuable insights for human resource practitioners seeking to leverage transformational leadership to boost employee performance and achieve organizational success. By adopting transformational practices, leaders can foster a motivated, engaged, and high-performing workforce, thereby driving organizational growth and sustainability.
Nur Husna Mohd. Hussain Putri Nur Atikah Nazari Noraznida Husin Copyright (c) 2024 e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi https://creativecommons.org/licenses/by/4.0 2024-09-30 2024-09-30 11 2 177 195 10.53840/ejpi.v11i2.200