Amalan Perwakilan Peguam Syarie dalam Islam
The Practice of Representation by Syarie Lawyer in Islam
Keywords:
Peguam Syarie, Syarie, perundangan, kehakiman, wakalahAbstract
A Syarie lawyer is a party who plays the role in helping to resolve disputes between the parties. The appointment of Syariah Lawyers as a representative in Islam has been practiced since the time of the Prophet s.a.w and his companions. However, during that period the mediators of the disputing parties were not referred to as a syarie lawyers but were referred to as a “representative”. The concept of al-wakalah bi al-khusumah was introduced in Islam which means a representation for the disputed party. This concept has later on become an established model in Islamic jurisprudence while introducing the appointment of syarie lawyers to resolve disputes between the parties. Hence, this study is focusing on the history of syarie lawyer’s appointment since the early period of Islam until today that makes a syarie lawyer as a profession that should not be overlooked. The study was conducted using qualitative method through interviews, observation and referenced scholarly papers, journals and related books. The findings show that the practice of appointing a syarie lawyer at the time was significant and proved to be capable of solving various problems faced by the parties. Appointment of a syarie lawyer is a requirement for each party. Shariah judicial institutions should now provide a guideline in the need of the parties to be represented by syarie lawyers in order to uphold the legal and judicial professions while at the same time generating efficient values, integrity so as to shape a revolution in the development of the syariah legal world. Therefore, the enactment of the Syarie Law Act will be a reference for syarie lawyers in carrying out their profession as well as complying with the requirements, needs and discipline of the profession well.
ABSTRAK
Peguam Syarie merupakan satu pihak yang berperanan dalam membantu pertikaian yang terjadi antara pihak-pihak. Amalan pelantikan Peguam Syarie dalam Islam telah dilaksanakan sejak zaman Rasululllah s.a.w dan para sahabat. Walau bagaimanapun, pada ketika itu orang perantara pihak yang bertikai tidak disebut sebagai peguam syarie sebaliknya hanyalah dipanggil sebagai wakil. Sistem al-wakalah bi al-khusumah diperkenalkan dalam Islam yang membawa makna perwakilan bagi pihak yang bertikai menjadi model dalam perundangan Islam sekaligus memperkenalkan pelantikan peguam syarie bagi menyelesaikan pertelingkahan atau permasalahan yang terjadi antara pihak-pihak. Kajian ini memfokuskan kepada sejarah pelantikan peguam syarie bermula dari zaman awal Islam sehinggalah kini yang meletakkan peguam syarie sebagai suatu profesion yang tidaklah seharusnya dipandang enteng. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang menggunakan kaedah temubual, observasi serta merujuk penulisan-penulisan ilmiah, jurnal dan buku yang berkaitan perbincangan. Hasil dapatan mendapati, amalan pelantikan peguam syarie ketika itu adalah berasas dan terbukti mampu menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi pihak-pihak. Pelantikan peguam syarie ketika ini merupakan satu keperluan kepada setiap pihak. Institusi kehakiman syarie ketika ini wajar meletakkan satu garis panduan berkenaan keperluan pihak-pihak untuk diwakili oleh peguam syarie supaya dapat memartabatkan profesion perundangan dan kehakiman sekaligus melahirkan nilai efisen, integriti dan membentuk satu revolusi kepada perkembangan dunia perundangan syarie. Justeru penggubalan kepada Akta Guaman Syarie bakal menjadi rujukan peguam syarie dalam menjalankan profesionnya sekaligus mematuhi kehendak, keperluan dan disiplin profesion dengan baik
Downloads
References
Al-Qur’an Al-Karim.
Abdullah Abu Bakar. 1997. “Guaman Syari’i: Antara Teori dan Praktikal,” dalam
Penghakiman dan Kepeguaman. Jil. 5. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 76. Abdullah Abu Bakar. “Sudut: Acara Jenayah Islam,” Jurnal Hukum 6, 2 (Ogos 1989): Hlm.
Abdul Monir Yaacob. 1996. “Etika Peguam Menurut Perspektif Islam”, dalam Etika Hakim Dan Peguam. Sunt. Abdul Monir Yaacob. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Hlm. 118.
Ain Mawaddah. 2015. Peranan Peguam Syarie Dalam Melaksanakan Kes Murtad Dalam Kalangan Mualaf: Suatu Penilaian. Disertasi Ijazah Sarjana Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Hlm. 35.
Daud Bin Muhammad. “Peguam Syarie Dalam Institusi Qada,” Jurnal Hukum 26, 2 (September, 2008): Hlm. 137.
Hammad, Mohamad Rizal & Nur Khalidah, 2019 Prinsip Al Wakalah Bil Khusumah Dalam Kepeguaman Syarie: Analisis Pelantikan Dan Urus Tadbirnya Di Bawah Perundangan Syariah Di Mahkamah Syariah
Jasri Jamal. 2005. “Isu Perlantikan dan Etika Peguam Syarie”, dalam Kaedah Perundangan, Bidangkuasa Dan Tatacara Mahkamah Syariah. Sunt. Taju Aris Ahmad Bustani, Mohd
Hisham Mohd Kamal & Farid Sufian Shuaib. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 181.
Mahmud Saedon Awang Othman. 1997. “Wakalah Menurut Pandangan Islam”, dalam Al- Ahkam. Jil. 5. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 45.
Mahmud Saedon Awang Othman. 2003. Institusi Pentadbiran Undang-undang dan Kehakiman Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 126.
Mohamed Azam Mohamed Adil. 1996. Peguam Syarie, Masa Depan dan Cabaran di Malaysia, 8 (1) KANUN 1
Musa bin Awang. 2013. Peranan Peguam Syarie Dalam Sistem Pentadbiran Kehakiman Islam Di Malaysia: Sejarah, Cabaran dan Halatuju. [Dalam Talian] Tersedia: https://www.academia.edu/35366283/PERANAN_PEGUAM_SYARIE_DI_DALAM
_SI STEM (diakses pada 11 Oktober 2019).
Musa bin Awang. 2017. Peguam Syarie di Malaysia: Realiti Semasa & Ke Arah Penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie. Hlm. 3.
Siti Zalikhah Md Nor. 2004. “Al-Wakalah Bi Al-Khusūmah”, dalam Al- Syariah Kehakiman Islam. Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 198.
Zulkifli Hassan. 2017. Ke Arah Penubuhan Majlis Peguam Syarie Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Nasional Peguam Syarie Malaysia Kali Keempat, 10 November, Kuala Lumpur. Hlm. 36.
Temubual
Tuan Musa Bin Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, 2018
Senarai Kes Dilaporkan
Ramah lwn. Laton (1927) 6 FMSLR 128).
Statut (Malaysia)
Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Johor) 2003
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Kelantan) 1982. Enakmen Mahkamah Syariah (Sabah) 2004.
Laman Sesawang
BH Online, 11 Julai 2019, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/583895/bakal-peguam-syarie-wajib- jalani-latihan-dalam-kamar-6-bulan.